Showing posts with label TV3. Show all posts

Drama Hani Di Slot Lestary TV3

Posted by Ciklinn Hasib.

 I like ROzita  Che Wan dalam citer nie..... lawo membabas dengan mekap yg sgt sederhana....... dengan baju nurse besor..... WAllah..... kalu dia jadi nurse kompom2 berkampung lah mamat bujang.. bapak orang.. datuk orang kat sepital tu... hahhaah

Best gak cerita ni..... ringan2 jer cerita...... best.... hopely Ciklinn dapat tgok sampai abis.... huhuhuh tau jerlah hero2 ni.... pagi petang siang malam.... kartun kartun kartun... haitss




Tajuk Drama:Hani
Masa Tayangan: 9.00 – 10.oo Malam.
Hari Tayangan:Selasa
Nama Pelakon

Nur Fathia
Ryzal Jaafar
Siti Fathiyah
Rozita Che Wan
Esma Daniel
Nurul Elfira Loy
Zarynn Min
Airis Yasmin
Ngasrizal Ngasri

Sinopsis Drama Hani di Slot Lestary TV3
Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.
Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.
Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.
Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.
Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.
Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.
Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor. Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?
.

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

50 First Dates vs Seribu Kali Cinta

Posted by Ciklinn Hasib.

Setelah tamat cerita Chinta sekarang  slot Akasia TV3
telah digantikan dengan cerita Seribu Kali Cinta

huhuhu sangat touching gak episod akhir Chinta tu kan....

dalam seminggu duk lepak tengok cerita Seribu Kali Cinta ...
Best gak layan...... cuma bila dah sampai episod ke 3 camtu baru Ciklinn perasan
yang cerita ni kan.... diadaptasikan dari cerita 50 Dates.....
Taktaulah betul ke tidak sebab baru seminggu kan....


 vs





Tapi motip the cerita mmg sama...... seorang lelaki yg kejar cinta seorang wanita hilang ingatan...... hari ni ingat then esok lupa............

Untuk pengetahuan korang... Ciklinn mmg suka sangat dan dan giler dengan cerita 50 First Dates tu........ ntah berapa kali pun ciklinn tak tau Ciklinn tengok.... hihihihih mmg sempoi dan santai jer cerita dia............. pelakon dia Adam Sandler dan Drew Barrymore

Haits.. korang tau jerlah kalu si yahudi laknatullah  Adam Sandler ni berlakonkan.... memang berkesan n sempoi dan kelakar habis.... hihihihih

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang cerita 50 First Dates.... kompom korang memmang layan habis cerita ni tau..... sangat romantik.... dengan lokasi pengembaraan yg sangat cantik.. korang akan terbuai2 tau.. kehkehkeh.... dan sangat2 sweet bila adam terpaksa merakam tiap2 hari apa yg berlaku supaya si isteri yg hilang ingatan ni akan inagt apa yang berlaku semalam......




Okey berbalik pada Seribu Kali Cinta-Slot Akasia TV3......

Sinopsis Seribu Kali Cinta

Nizam (Kamal Adli), seorang jejakan yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.


Ini adalah entry Auto publish..... Ciklinn Sedang berada di kampung sekarang


Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

---Episod 3 Chinta ---

Posted by Ciklinn Hasib.

Tak sabar rasanya nak tunggu Episod Ke 3 petang nie..... cerita ni best lor.... Fasha Sanda lak dalam cerita ni mmg ayu suci dan murni gitu kan (walau ciklin tak berapa suka minah ni)..... huhuhuh.... kesian sgt Chinta... naif... bernasib malang berabang kan syaitonn bertopengkan manusia....apapun meh kita sama2 tunggu episod seterusnya petang nie....



  Chinta


Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.

Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang pengawal keselamatan kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta.

Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain.

Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka. Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat.

Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar. Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?

Saksikan ‘Chinta’ lakonan Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz mulai 27 September, Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Akasia. TV3

Posted in , , , | 13 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , , ,

--- Iklan Raya TV3 yg sengall.... rindu kat iklan arwah YAsmin---

Posted by Ciklinn Hasib.

Malam tadi TV 3 dah mintak maaf pasal iklan raya dorang yg tersengall di abad ini...

kot yer pun nak 1 malaysia..... sensitipp lah sikitlah kan.....


iklan sebelum2 ni pun 1 malaysia gak tapi taklah sesengal iklan terbaru nie.... cth iklan raya yg nie..... hihihihi sgt2 cute adibah okehh..........


camnilah yg kita mau...... tak perlu pak aji nak jadi santa bagai......

Posted in , , | 14 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,