Pabila Ultraman terputus dua

Posted by Ciklinn Hasib.

Cerita pasal Umar lagi........ hehhehee... oleh sebab dia yg paling kecik makanya cerita pasal umar jerlah...
abang2 dah besar2 dan sgt susah nak amik gamabar bagai......

dua hero tu pun dah byk buat kerja sendiri jerk skrg...... huhuhuhuhu
hai camnerlah bila dorang besar kan...... sedih lak rasanya...
bila anak2 semakin membesar... mereka akan semakin jauh dgn kita..... huhuhuhuhuhuh
n now mama mmg kelek siumar jerlah...... peluk kuat2 dan cium kuat2...
abang dia usah haraplah nak cium bagai...

"mama aliff dah besar malulah cium2" Aliff
"mama mana boleh girl cium boy.." Aisy

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

berbalik pada ultraman.. punyerlah lama jangka hayat ultraman ni...
bila wujud incik umar.. habis terputus dua,.... hahhahha



bila mama marah...... n amik camera..... terus buat muka gini....
wah2 garang lah tu kononyerrr....


TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG DATANG JENGUK2 CIKLINN YER....
INSYAALLAH TGH2 PAGI BUTO CIKLINN AKAN DATANG MELAWAT KAMU KAMU DAN KAMU SEMUA........

DIWAKTU SIANG YG CERAH CIKLINN SANGAT BIZI DAN SENGET BAHU MENGKELEK INCIK UMAR............

sangattt layannnsssss bila 3 monster mama tidoo....

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Sangat Seronok Pabila Bujang Kecil Sudah pandai senyum

Posted by Ciklinn Hasib.



Bila kita halakan kamera.....
dan sebut SENYUMMMMM

muka Umar terus jadi macamni...
hahhahhhahahaha...

hishhhh geram sagnat2 mama bila tgok dia buat muka camtu....
berusaha gigihh dia utk senyum.......hahhahaha
 




mata mama yg bengkak..... sebab tak cukup tido..... umar sangat meragam 2-3 hari nie.....
huhuhuu kesian mama kan...........

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Sabunn dibilik mandi.... mandi kita pakai sabun...

Posted by Ciklinn Hasib.

 
MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.

“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.

Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.

Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.

Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.

Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.

Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.

Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.

Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.

Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya. – Agensi


macam dah takde makanan kan?

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: