Abby Abadi kata Norman nak Rujuk Semula

Posted by Ciklinn Hasib.

PETALING JAYA: Ketika isu tuntutan wang hantaran RM11,111.11 daripada Abby Abadi terhadap Norman Hakim kecoh "diperdebatkan", timbul cerita panas baru di mana Norman pernah meluahkan perasaan mahu rujuk semula dengan Abby.
Abby berkata, Norman juga pernah meluahkan kata-kata sayang terhadapnya dalam tahun ini termasuklah "saya rindu awak".
"Dia pernah berkata mahu berbaik semula dengan saya tetapi saya buat tak tahu sahaja. Cukuplah dengan apa yang saya terkena sebelum ini," katanya seperti dipetik akhbar Mingguan mStar, Ahad.
Kata Abby, dia sudah masak dengan perangai Norman dan perasaan terhadap lelaki itu telah lama hilang.
Beritahu Abby, walaupun dia dilihat seperti begitu membenci Norman apabila membaca kenyataan demi kenyataan yang dipaparkan, hakikatnya, Abby tidak pernah menganggap Norman sebagai musuh mahupun kawan.
Cukuplah Norman sekadar menjadi seorang ayah kepada tiga orang anaknya, Mohamed Danish Hakim,7, Marissa Dania Hakim,5, dan Maria Danisha Hakim,2.
“Baru-baru ini, pihak media telah menyiarkan yang saya dan Norman sudah berbaik semula, tetapi sebenarnya tidak. Susah nak cakap, memang sepanjang kami berpisah, hubungan saya dengan dia sekadar biasa-biasa saja," katanya.
Kata Abby lagi, selepas bercerai dia berharap hatinya lebih tenang, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila ada sahaja masalah diantara dia dan Norman sehingga membuatkan dirinya tertekan.
Malah lebih parah apabila Norman dikatakan mula lepas tangan hal berkaitan anak-anaknya.
“Kalau nak ikutkan, besar tanggungjawab seorang lelaki terhadap keluarga walaupun sudah bercerai, dia perlu mengambil kisah tentang anak-anak.



 “Tapi lain pula jadinya. Saya akui dia ada menjenguk anak dan membeli barang-barang untuk mereka, tetapi tidak sekerap dahulu. Apalagi bila berdepan dengannya untuk berbincang tentang hal ini, ia menjadi semakin rumit.
“Sebab itu saya berani membuat kenyataan kepada umum kerana ini saja caranya, demi anak-anak, walaupun orang akan mempertikaikan saya.
“Biarlah apa orang nak kata, sebab saya tahu saya tak akan dapat apa-apa faedah bila buat kenyataan sebegini, tapi ia lebih untuk kebajikan anak-anak saya,” ujarnya.



 Sumber mstar Online

 Komen Ciklinn.... ini adalah amarah seorang isteri yg sangat sakit hati ditinggalkan suami..... nafkah tidak dibayar... tup2 berpelok2 dgn fompuan lain n verangann nak kawin lagi...... huhuhuhuhuhu.... Ciklinn juga yakin kenapa Abby luahkan semua ni... sbb dendam masih bersisa dihati dek kerana somi yg curang...... n wujudnya seorg perempuan merampas suami nyer....... semoga kontroversi ni tidak berpanjangan... sbb masing2 akan terus memburukskan satu sama lain.........

Posted in , | 7 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

--- 7 Tahun sudah Incik Aliff Debetss---

Posted by Ciklinn Hasib.

Semalam 19 September genaplah Hero Mama yg Pertama Ahmad Aliff Iman berumur 7 tahun.....

sekejap jer masa berlalu dah nak bersunat dah hero ni.... hihiihi apa kena mengena sunat dengan besday???? hehhehehe........

mama macam biasa buat majlis kecik2 jerk.... sambut ramai2 family terchenta.... dan kebetulan ada 4 orang dalam  family Atok HAsib yg sambut pada bulan september.. so mmg meriah....... walau org nyer seciputtt dua....



hepi besday abg aliff


Afif - 14 sept
 ude - 18 sept
aliff - 19 sept
cik Ya - 25 sept
Selamat pjg umur....






Posted in | 15 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

--- Ciklinn suka bebeno beraya ----

Posted by Ciklinn Hasib.

suka raya sbb byk besikut2 yg boleh dimakan dirumah sendirik....... hahhaha...

beraya anak beranak jer kat umah untuk tahun ni.... sbb ada tentera kecik (incik umar) .......

huhuhuh incik umar sgt tak suka berjalan... huwaaaaaaaaa napa kamu ikut abah nak oii....

dia mmg tak kerasan (apa yerk melayunyer...) kalu ke rumah orang......

nak2 bila ramai2 orang duk gomol2 dia... mmg nak menangis jerlah kejenya.......

Raya tahun ni... seperti tahun2 yg lain gak..... simple dimple jerk......

gambar raya pun tak berapa nak banyak sbb laki bini malas nak pi usung incik nikon tu....

harapkan incik ude jer amik gambar......hihihihih TQ ude....



Happy giler semuanyer....



mak dara + anak2 dara

Abah + Mama


Posted in | 30 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: