Boleh cantik dengan Ais??? - KELEBIHAN AIS

Posted by Ciklinn Hasib.

Saya mmg hantu Ais

leh kunyah2

rupanya ais ada mcm2 kelebihan yer

tetiba rasa nak mandi dengan ais hihihihihi








Ternyata ais batu bukan setakat menyejukkan minuman, tetapi boleh jadi petua kulit cantik!
Sebenarnya ais batu, bukan sebagai salah satu petua kulit cantik yang dapat merawat kecantikan wajah. Ada banyak manfaat lain, dan ais batu juga boleh digunakan untuk mengubati masalah jerawat yang muncul di wajah anda.
Selain itu, anda juga dapat berjimat dantidak perlu membayar harga mahal untuk memiliki wajah lembut, lebih anjal dan cantik. Petua kulit cantik guna ais batu sangat berkesan, namun proses ini perlu anda lakukan secara rutin.
Berikut  beberapa manfaat petua kulit cantik guna ais batu:
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.
5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus 
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membangtu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.
7. Meningkatkan Peredaran Darah
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
8. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah.  Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.
Artikel dari http://www.wom.my/kecantikan/guna-ais-batu-kulit-cantik/

Posted in , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,

DETOX DULU BARU KURUS BARU DAN CANTIK

Posted by Ciklinn Hasib.

Nak kurus...
nak cantik..
nak cun menggebus...

dah mkn mcm2 yg org makan 
asal dia mkn kurus.. korang beli tetap gak nan hado kurus..

asal org mkn putih menggebus...
korang pun pakat beli 
tapi xgak putih menggebus...

sebenarnya semua tu xkan jadi kalau korang tak buat DETOX dulu...



makanya APAKAH ITU DETOX DAN Kenapa kita perlu DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

MENYAHTOKSIK RAHSIA UNTUK KEKAL MUDA DAN SIHAT

Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.

BEBERAPA MASALAH KESIHATAN BIASA YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:

- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah � tangan atau kaki sejuk
- Imsomnia �masalah tidur
- Meradang dan kemurungan
- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
- Berat badan dan pembendungan air dalam badan
- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
- Alergi dan pengidaman makanan
- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat.

macam produk ada dipasaran untuk kurus.
ado hat murah ado hat mahal...
tepuk poket tanya duit hihihi..

selamat mendetoks yer kawan2.

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Permintaan Yang Tertangguh

Posted by Ciklinn Hasib.

Saya selalu n kadang2 terleka dgn permintaan yg simple oleh bujang2 saya dah besar tu... lepas baca cerita ni mama akan cuba jadi seorg yg lebih prihatin walaucuma utk permintaan yang kecil...

Ahmad Lutfi Othman
Artikel ini saya tulis sejurus selepas anak kedua saya, Nurul Syafiqah meninggal dunia pada hari pertama Ramadan, 2005, ketika usianya 11 tahun. Mengingatimu bukan lagi satu kepedihan, tetapi satu kenikmatan. Ya, terasa betapa luhur dan tulusnya kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak...

---------------------------------

Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadan, jam 8.15 pagi. 
Segalanya berhenti. 
Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. 
Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.

Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.

Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.

Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari. 
Syafiqah telefon dari sekolah. 
"Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?" 
Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan. 
"Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.

"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya. 
Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. 
Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.

Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya. 
Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.

Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?" 
Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.

"Akak cari tudung."

"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebo.dohan saya.

Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat. 
Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.

Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.

"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. 
Kami jalan kaki pun boleh." 
Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."

Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke Hotel Vistana, Kuala Lumpur hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama, 
antara lain, pimpinan PAS, Mohamad Sabu. 
Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. 
Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.

"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta. 
Raut muka cerianya seperti terlindung.
Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita sakit.

Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di Sekolah Agama Menengah Batu 10, Cheras.
Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput.

"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit.

Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin, hanya sekitar 1km dari rumah, tetapi tutup hari itu . 
Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang.
Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.

Saya berbisik, "Nak balik kampung?"
"Ayah baliklah dulu, akak boleh tinggal dengan nenek," balasnya.

Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah. 
Syafiqah tenang saja. 
Kalau anak lain tentu akan merengek. 
Menyedari Syafiqah seperti tidak sihat, emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.

Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega.

Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya, 
"ayah di mana?" 
Sambil melintasi Taiping, saya menjawab. 
Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.

Jam 5 pagi, kami sampai di kampung kelahiran saya, Kampung Raja, Kubang Pasu. 
Saya maklumkan kepada Syafiqah. 
Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, bercerita kandungan SMS saya.

Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS.
"Mulut akak pahit, nak buat macamana." 
Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. 
Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". 
Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...

Selasa pagi kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur. 
Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung), 
menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuh Raya Utara Selatan.

Di rumah neneknya, di Klang, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga. 
Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh. 
Syafiqah desak saya jemput. 
Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan penat dan letih.

Syafiqah berkeras. 
Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. 
Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman. 
Dia bercerita bagaimana darahnya diperiksa doktor di hospital Klang. 
Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.

Awal pagi, terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah. 
Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya, 
Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk.
Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.

"Fiqah tak payah posalah," kata saya. 
Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta
Syafiqah kembali tidur dan berehat, 
kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup jika kami semua makan bersama.

7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. 
Syafiqah menjerit: "Ibu, sakit! Ibu, sakit! 
Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.

Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. 
Takdir makin dekat. 
Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."

Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, masih jernih, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis.
Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. 
Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.

Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia. 
Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya.

"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. 
Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.

8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati
mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.

Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depan kami, mungkin dia mahu berbaring lebih selesa. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa cukup berat.

Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.

Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital.

Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William Tan, pesara TUDM, sama-sama mengangkat Syafiqah.

Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya sempat menatap wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah. Dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun.

Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Saya seperti keseorangan. Degupan jantung kuat sekali.

Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah.

Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi saya tahu harapannya tidak pudar.

Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan hospital. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami.

Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.

Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin."

Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah.

Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.

Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana selama tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, sehingga terpaksa menerima rawatan jauh di kampung, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.

Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.

Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi. Al-Fatehah.
Hargai & sayangilah anak2 kita.....layan & santuni mrk dgn baik

Posted in , , , | One comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , , ,