~~Kong kali KOng~~

Posted by Ciklinn Hasib.

Assalamualaikum............... sebagai org islam harus mulakan dgn salam..(pesanan penaja dari ALIff)


"mama..nanti kalu jumpa kawan mesti cakap Assalamualaikumm tau!!" baekklahh ostad Aliff...

byk benda yg ciklinn nak buatt masih tergendala... tertangguh.. tergolengg... terabukks... adehhh...

konon nak cantikkkan blog........... mmg tak sempat langsung nak ku kobekk...... sekalik ko kobekk nahhh kauuuuuuuuu berserabaii blog... cehhh... seb baikkk makcik simpan layout lama kalu idakkk PERGHHHHHHHHh nanagiss leleh2 woo...... (sambil menyusukan umar leh pikir ..copatlah budak ni habis menyusu mama nak betullakn balik BLOG tu.. hehheh)


nak lawat blog korang...... huhuhuhuh sempat ku bukak ja.. tak sempat ku kokak... sirennn berbunyikkkkk..........menandakan ada seorg hamba allah yg kecil minta disusukan.. hehehehhe..
mengiringlah mama dengan penuh seksii menyusukan UMar..... udahh terlelapp sekalik...dtg en laki kasi totop KOmp.. adehhh.... tak semmpattt nak tinggal jejakk... Ampunnn kan aku peunggu blog...

Kemas lemari baju .......... elok ku kumbah2 semua... Umar bunyikkan sirennnnnnnn....... huwaaaaaaaaa..... serupa pasar mlm bilik.... huhuhuhuhh

kira nak buat apapun semua seciput2...... lipat kain pun seciput2.... asal tido itu bobot umar lipat baju mama..... asal lelap itu bobot lagi.... lipat baju abah..... asal lolapp itu bobot lagi lipat baju aliff... n asal lolap lagi bobot lipat baju aisy..............

MAsak... ni lagilah.... mcm lipas kudung dah ciklinn...... seb baikk ado laki yg sgt2 baikk.. pandaii masak.....( harus Bold dan besar utk ku war2 kan... hahhahahahah) makanya sesubuh sepiee dah bgn tolongg masak..... nasiii siappp........ lauk siapp... sayurr siappp.... perghhhhhh ala 2 puteri bgn tido pagi breakpes nasiii.... huhuhhu

dan kesimpulan dari semua ni.... sgt2 dan sgt dan sgt tingin nak minum....... SIRAPPP AISSS..


TAPIII TAKUTT UMAR SELSEMA............... HUHUHUHUHUHU

11 comments | Share On: Facebook, Twitter |

~~Sungguh Tak Bermorall punyer Orang~~

Posted by Ciklinn Hasib.

post signature

Sebelum berita penuh yg korang akan baca di bawah... ciklinn nak bgtau pada mlm yg sama suami Ciklinn pergi tgok konsert "DOUBLE TROUBLE" dan dia maklum kan orang2 Malaysia sgt baguss dan langsung tidak ada masalah............. Konsert rakyat tempatan langsung tidak ada penaja okehhh............

Konsert org luar ditaja oleh SYARIKAT GERGASI TEMPATAN.... ini sgt2 budusss.... dan langsungg tidak bermorall.... penonton dikalangan masyarakat luar...... huhuhuhuhu

RENUNG2KAN PENAJA TEMPATAN TERSEBUT..... MEREKA2 INILAH YG SGT2 KORANGG DAMBAKAN..............

di copy paste dari MyMETRO bertarikh 4 Mei 2010

KUALA LUMPUR: Kerja gila dan tidak ubah seperti ‘konsert tarik nyawa’ apabila dua kumpulan Mat Rock warga Indonesia menjadikan temasya terbabit sebagai gelanggang pergaduhan sehingga menyebabkan puluhan cedera, manakala seorang mati akibat ditetak hampir putus leher.

Lebih mengerikan apabila pergaduhan berkenaan yang berlaku di khalayak ramai seolah-olah diatur lebih awal apabila kebanyakan pendatang terbabit datang berhibur sambil membawa pisau, kapak, kerambit dan parang sebagai persediaan untuk `berperang’.


Difahamkan, lebih 100 warga Indonesia yang bertempur membawa hampir dua guni senjata tajam yang dijadikan bekalan untuk membunuh sesiapa sahaja yang diingini hanya kerana perselisihan faham kecil yang dipercayai ada kaitan dengan dendam lama dan perbezaan daerah. Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 40-an, berkata pergaduhan itu tercetus kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, ketika ribuan warga asing, majoriti dari Indonesia menghadiri konsert kumpulan rock dan pop dari negara itu anjuran sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka tanah air Menurutnya, keadaan mula tidak terkawal sejak awal konsert apabila beberapa penonton gagal mengawal diri sebelum mencetuskan rusuhan.


“Mereka memecahkan pagar yang memisahkan penonton dengan pentas sebelum ada yang membalingkan pagar terbabit ke arah orang ramai.


“Berikutan itu, beberapa penonton tercedera hingga mencetuskan pergaduhan dalam stadium. Keadaan menjadi tidak terkawal walaupun pihak polis dipanggil untuk mengawal kawasan konsert berkenaan,” katanya.


Katanya, keadaan menjadi tidak terkawal apabila rata-rata pengunjung konsert terbabit mula bergaduh berhampiran tempat meletak kereta A berhampiran Stadium Nasional Bukit Jalil, berkenaan.


“Saya tak pasti apa sebenarnya berlaku, namun daripada maklumat yang saya dengar, dua kumpulan warga Indonesia bertempur di kawasan meletak kereta itu dengan menggunakan pelbagai senjata tajam.


“Pada awalnya mereka dikatakan cabar-mencabar antara satu sama lain sebelum ‘perang mulut’ itu berlarutan hingga kepada pergaduhan beramai-ramai,’ katanya.


Menurutnya, kebanyakan lelaki warga asing terbabit seolah-olah ‘hilang akal’ apabila menyerang membabi-buta dengan bersenjatakan pisau dan senjata tajam lain.

“Keadaan menjadi cemas apabila beberapa lelaki warga Indonesia bertempik sambil ada antaranya dilihat berlumuran darah akibat ditikam atau ditetak. Mereka seolah-olah dirasuk dan tidak teragak-agak mencedera atau membunuh sesiapa yang dianggap musuh,” katanya.

13 comments | Share On: Facebook, Twitter |

~~Kenapa Aliff sedihh nie~~

Posted by Ciklinn Hasib.

filem di atas betul2 buatt aliff sedihh dan sgt2 terasa...............
huhuhuuhu.... taksangka cerita ni mmg best.....

sabtu lepas ciklinn n family balik kekg... n tgok adik2 tgh layan citer ni......... makanya mlm tu ALIFF, AISY n UCU dorang duk diam2 dlm bilik n layan citerr nie...........

Tiba2....... aliff kuar dgn muka yg mmg sgt2 sebakk....
mama tanya........"aliff kenapa nie????"

"HUwaaaaaaaaaaa..... Aliff nak abah....." aliff nangiss dgn sgt2 sedihh..... huhuhuhuh

alasan nak abah ialah utk kaberr kesedihan beliau...... wakakakkakakak kami ketawa terbahak2........ hahhahhahaha.... sentimental rupanya jiwa anak aku nie..... hehehehe

citer ni sgt bagus...... aliff n aisy dapat byk pengajaran dari cerita nie....... dah 2 mlm rajin baca buku sbb dalam cite ni badrol budak yg rajin..... n hanya menulis pakai tanah jerk....... huhuu sgt2 sedih.....



sikit sinopsis citer nie.... korang carilah dvd citer ni mmg best...


Pensil ialah kisah seorang anak cacat, Badrul yang dibesarkan oleh ibu tiri yang tidak menyukainya. Badrul seorang anak yang baik, bekerja menjual kerepek buat membantu ibu tirinya. Seisi kampong menyenangi dan menyayangi Badrul melainkan ibu tiri dan ibu saudaranya. Dia dianggap pembawa sial dan malang dalam keluarga. Satu kegemaran badrul ialah melukis. Dalam hidupnya wang hanya diperlukan untuk membeli pensel dan kertas buat melukis. Selebihnya tidak apa yang diperlukan. Filem ini mengisahkan Badrul menghadapi hari-hari dalam hidupnya bersama ibu tiri yang membencinya.

‘Allah beri rezeki macam hujan. Semua orang dapat’. _ciklinn sgt2 suka dgn ungkapan nie.......

5 comments | Share On: Facebook, Twitter |