huhuhuh ciklinn baru jer dapat.... mmg dah lama idam2 benda alah ni....... tapi bg suri rumah mcm saya manalah mampu khennn..... kenalah tunggu cik abg tolong belikan hehehhe.... alhamdulillah..... semalam ada seperise..... n cik bang belikan saya ini..........
hoyerrrrrrrrrr dapat 50mm...... oleh sebab kamera D3000 takde motor.... makanya kenalah beli hat ni AF-S NIKKOR 50mm f/1.8G untuk auto fokus..... heheheheh... saya tak pandai pakai fokus manual hahaha...... hat ni dia ada motor...... so sesuai sekali utk saya yg mengharapkan auto fokus.....
untuk kawan2 yg nak beli harga dia skrg lebih kurang RM700. ermmm... oleh sbb abg nak seperise dia telah membeli lens ni pada harga RM730.... haishhhhhh menjadi sikit geram sbb kawan saya jual RM690 sajork.... haiyarkk........ wah sgt kedekut kan saya.........tapi mana boleh RM40 hinggit leh dapat 4 helai shawl ok....... kah!!!!
Archive for September 2012
Orang lain lama dah ada.....
Posted by Ciklinn Hasib.Resepi Donut Gebu dan Lembut
Posted by Ciklinn Hasib.salam semua.......... mood mak yong rajin harini... sebab berjaya buat donut yg mmg kena dgn anak tekak ni ha........... mmg sgtlah sedap.... lembut dan gebu jer...... dulu kalu buat selalu pakai tepung roti kalau nak dpt tekstur yg lembut... sekarang tidak lagi..... dengan tepung gandum pun boleh dapat hasil yg sama dan tersangatlah sedap..... terima kasih pada kak Fiza Nordin sbb kongsi resepi yg sedap nih......
yerrr mak yong ada pembantu dgn tangan gebus tolong menguli dan bikin molot mama sgt bising... huhuhuhu... haiiii yooo mama tau umar nak tlg jerk.... tapiiii mama rasa nak nangis bila umar tlg tabur2 tepung kat lantai kekekkeke......
hat ni lom goreng lagi.... tengah tunggu dia naik..... nampak tak hat tecik2 3 ketui tu.... hat tu umar yg buat.... sgt bangga dia bila mama letak hasil uliyan(ada ke ayat nih muahahha) nya dlm talam tu...... "mama ni amai yg uwat tan?"...." yer pandai umar buat..... tq umar..." dan budak tecik dgn muka puas sibuk panggei abg2 nak tunjuk dia tlg mama buat donut hahahhaha
ni resepi yg ciklinn copy dari blog kak fiza...
- 2 sk yis mauripan
- 1/4 cawan air suam
- 1sk gula
- **satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
- 3 cwn Tepung gandum
- 4 sb gula
- 1/2 sk garam
- 2 sb susu tepung>>takde stok jadinya tak masukkan-ciklinn pun sama
- 1 biji telur
- 1/2 cawan air - kurang lebih>> yg ni guna fresh milk sbb tak masukkan susu tepung n air kita lebihkan - hat ni pun sama hihii
- 2- 21/2 sb butter / marjerin>>kita gantikan shortening n separuh mentega
- Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
- Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
- Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
- Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
- Sedia dinikmati.
False Alarm vs Proses Kelahiran Sebenar
Posted by Ciklinn Hasib.hohohohohoh.... baru 35 weeks udah rasa false alarm yg agak kerap.... oleh sbb anak dah nak masuk 4 takde lah riso banget kan (kalo sulung mau kelam kibut ke sepital nih hahah)...... makanya releks2 n cari maklumat.... bukan susah pun incik google sedia membantu.....
so jumpa artikel dari PA&MA tentang false alarm nih...... meh kita baca sama2 meh....
Tarikh: 6 Disember 2011
Langkah bijak yang boleh anda amalkan ialah mencatat setiap kontraksi yang dialami di atas sekeping kertas. Catatkan kontraksi pertama dan berikutnya. Bagi kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Namun, jika anda mengalami false alarm, jaraknya tidak tetap.
Anda juga perlu mencatatkan berapa lama jarak masa bagi setiap kontraksi. Catatkan bila ia bermula dan berhenti. Proses kelahiran sebenar menyaksikan anda mengalami kontraksi lebih daripada 30 saat bagi satu-satu masa kemudian makin kerap. Lebih daripada seminit dan kuat. Jika false alarm, jarak kontraksinya berbeza di antara satu sama lain.
Dalam proses kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas abdomen kemudian “merebak” ke seluruh abdomen dan anda turut mengalami sakit belakang. Berlainan pula dengan false alarm, kontraksinya banyak tertumpu di bahagian bawah abdomen dan pangkal paha.
Tanda-tanda False Alarm :
1. Kontraksi yang dialami tidak teratur dan tidak dijangka.
2. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.
3. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.
4. Kebiasaannya tiada pendarahan yang berlaku.
5. Kantung air ketuban tidak pecah.
Tanda Awal Kelahiran
1.Penurunan paras rahim (lightening)
Petanda awal yang akan anda alami ialah perut kelihatan “turun” sedikit. Hal ini berlaku kerana :
-Symphisis pubis mengembang.
-Otot pelvik menjadi lembut dan longgar.
-Bahagian bawah rahim mengembang.
Keadaan sebegini akan menyebabkan fetus bergerak turun ke pelvik. Bagi yang bakal melahirkan anak sulung, kepala bayi akan terus masuk ke rongga pelvik. Namun, bagi yang pernah mempunyai anak sebelum ini, rahimnya lebih mengembang ke hadapan tetapi kepala bayi tidak masuk ke rongga pelvik.
Pada peringkat ini, anda akan berasa selesa setiap kali bernafas. Organ jantung dan perut juga berfungsi dengan lebih baik. Namun, anda akan mengalami kesukaran untuk berjalan dan sakit belakang. Selain itu, anda juga berasa tidak selesa di bahagian bawah perut, kelengkang dan paha.
2. Kekerapan Membuang Air Kecil
Keadaan ini berlaku hasil daripada tekanan kepala bayi ke atas pundi kencing. Ini akan menyebabkan pundi kencing tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Oleh kerana itulah, anda perlu membuang air kecil sekerap mungkin. Dalam keadaan tertentu, kadang kala anda akan “terkencing” dengan sendirinya. Ini berlaku kerana otot pelvik menjadi semakin lembut dan longgar.
3. Penarikan Pangkal Rahim
Pada peringkat ini, pangkal rahim mula tertarik. Ini akan menjadikannya selari dengan bahagian bawah otot rahim.
Tanda Sebenar Kelahiran
1. Kontraksi
Proses ini berlaku untuk menolak keluar bayi daripada rahim melalui faraj pada saat kelahiran. Dalam masa yang sama, rahim akan menjadi keras. Ketika ini anda akan berasa tidak selesa.
Perlu diingat, keadaan ini berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal. Sakit yang anda alami bermula dari bahagian belakang tubuh dan kemudiannya beralih ke hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai apabila saat kelahiran semakin tiba.
Proses ini adalah tanda yang paling penting bagi menunjukkan bahawa anda akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja. Jika kesakitan yang dialami berterusan sehingga ke lima minit setiap kali kontraksi, segeralah ke hospital berdekatan
2. Sakit Belakang
Keadaan ini adalah salah satu daripada tanda bahawa anda akan bersalin. Ketika dalam proses kelahiran, kesakitan ini akan menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dialami ketika ini sama seperti senggugut.
3. Pendarahan
Kebiasaannya lendir yang bercampur darah keluar dari faraj beberapa jam sebelum proses kelahiran bermula. Paling tidak pun apabila saat kelahiran hampir tiba. Lendir darah tersebut keluar kesan daripada pembesaran pangkal rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya.
4. Pecah Ketuban
Mungkin dalam fikiran, setelah pecah air ketuban, anda akan bersalin dalam tempoh yang terdekat. Namun, hakikatnya tidaklah sebegitu. Ada kes di mana kebanyakan wanita hamil yang ditahan di wad, tidak mengalami pengalaman ini. Ketuban mereka terpaksa dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan proses kelahiran.
Namun begitu, bagi yang berpeluang merasakan air keluar dari faraj, sama ada banyak ataupun sedikit, ini menandakan anda akan melalui proses awal kelahiran ataupun sudah berada dalam proses itu. Selepas daripada itu, anda perasan bahawa kontraksi akan menjadi lebih kuat.
5. Pembukaan Pintu Rahim
Dalam proses kelahiran, serviks akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa. Ia juga sedikit demi sedikit terbuka bagi menampung saiz kepala bayi. Pintu rahim akan terbuka bagi memberi laluan kepada bayi agar dia dapat dilahirkan. Proses ini akan lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan tepat ke bahagian pintu rahim. Dalam pada itu, saiz serviks dapat diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan pelvik.
9 waktu mustajab untuk menasihati anak-anak
Posted by Ciklinn Hasib.untuk perkongsian bersama....
anak2lah harta kita semua didunia dan diakhirat....
semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah dunia dan akhirat... aminnnn
* copy dari FB
81 RAHSIA TAHI LALAT
Posted by Ciklinn Hasib.sekarang blh ler tau rahsia di sebalik tahi lalat korang
1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
best ever ~ sambal petai nyum nyum nyum
Posted by Ciklinn Hasib.ni lah penambah selera mak yong dedek skrg nih....... ada ni laju lah mkn...... kalau takde ..... laju gak mak yong makan hahahhahahha..................
Gilosssss memboolat potai2 ha.......... sedap woooo dimakan bosar2 cenggini.... menjilat2 jari......
nah resepi sempoiii dari ciklinnnn........... selamat mencuba...
Resepi sambal petai sempoi yg hamat
2 genggam ikan bilis yg telah dikopek ... dan goreng sebentar.... tak payah lama2 nanti garing tak sedap...
1biji bawang besar - dipotong2
3 ulas bawang putih - diketuk n dipotong kecil
4 sudu besar cili giling (eh giling ker... bukan blender.. ermmm)
1 inci belacan - kalu suka letak tak suka takpe.... sedap gak....
Tumis semua bahan diaatas... sehingga wangi....
kemudian masukkan....
1 sudu kecil pes asam jawa adabi....... 2 sudu besar gula..... n garam secukup rasa.... nak lagi sedap tambah 1 sudu kecil serbuk ikan bilis knorr......... n sedikit air utk meratakan semua perasa tu............
dah sebati masukkan ikan bilis n petai...... masak hinggi naik minyak........... n siap utk dimakan.....
semakin tak larat
Posted by Ciklinn Hasib.mengandung kali ni mmg mencabar sangat2.... anak2 dah sekolah.... umar lak semakin manja.... dengan sakit pinggang...kaki.... belakang.... adoiiiii...
kerja rumah pun bertangguh2 nak buat..... kain udah setinggi gunung kinabalu..... n kesimpulan dari semua diatas............. saya menjadi sangat malas n nak berehat2 sambil bergolek2 dgn umar di tilam sajork.....
kadang2 mereka buat mama sangat gembira.....
kadang2 mereka buat mama geramm sangat.......
tapi merekalah cinta hati saya untuk selamanya.....