Archive for January 2011
Update:Alhamdulillah Umar tak de apa-apa
Posted by Ciklinn Hasib.mama sangat2 puas hati setelah pakar kata Umar takde apa-apa..
ok nanti ciklinn buat full story dgn gambar telinga umar yg berdarah.....
nak kelek siumar dulu... duk merengek jer skrg nie.....
Semua sedang Tumbang
Posted by Ciklinn Hasib.anak2 teruna saya semua sedang demam... batuk dan selsema...
hadoiii..... lemah gemalai badan aku noks dikerjakan 3 hero ni.....
selang sejam tiap2 sorang bangun merengek2...(selsema so idung sumbat takleh titun)
mak nyer punnn..... naik pitam weih..... tapi takper... sbb itu salah satu cara utk kurus.....
hahahhahaha tak leh blah..... berat terbaru saya 53kg..... hoyerrrr....... lagi 3kg nak pergi 50kg..
harap2 berjaya....
Umar comel pun sedang selsema.... kesian ku tgok kembang kempis idung nak napasss hahhaha...
Ciklinn dah berjaya buat buat kek buah.. serius sedappp giler... nanti dah lapang2 ciklinn tepek...
Aisy pun coti hari ni... korang bayangkan dah jam 5 pagi duk ketuk bilik mama........ dia mula ketuk bilik mama dari kol 1..... mama tidokan..... kol 2...mama kuar tidokan balik..... kol 3 mama kuar lagi dan tidokan.... kol 4.... haitssss ilang sabarrr dah..... tapi tetap topok2 kasi tido.... last2 kol 5.... suh tido dgn kami sekali.... arghhhhhhhhhhhhhhhh baru nak mimpi...... azan udah berkumandang... makanya kena bangunnnn sebab aliff nak sekolah.......
Migrain mengganggu saya
Posted by Ciklinn Hasib.Blog Ciklinn Berat sangat ker?
Posted by Ciklinn Hasib.Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Posted by Ciklinn Hasib.Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Abg Aisy Nak susu kan Umar - 3 Monster in the house
Posted by Ciklinn Hasib.LIVE-Membabas Lawak beb RAJA LAWAK Musim Ke5
Posted by Ciklinn Hasib.hahahahhahahahahhahah gelak guling2...
buat masa ni NAZMI lawak mmembabassss
Gelanggang Raja Lawak 5, jam 9 malam siaran secara langsung di Astro Prima (105).
Rahsia Kesedapan Prosperity Burger
Posted by Ciklinn Hasib.Gambaran hari Kiamat - meh kita baca sama-sama
Posted by Ciklinn Hasib.Gambaran Hari Qiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Sumber : Carigold
Ada sapa-sapa yang pakai produk ni ? - komen plissss
Posted by Ciklinn Hasib.Lemau Tengok perempuan Gediks nie
Posted by Ciklinn Hasib.Kanak- Kanak Lelaki Lima Tahun Mati Terjerut Langsir
Posted by Ciklinn Hasib.Kanak- Kanak Lelaki Lima Tahun Mati Terjerut Langsir
ALOR SETAR, 5 Jan (Bernama) -- Seorang kanak- kanak lelaki Tan Yin Sheng, 5, mati terjerut kain pengikat langsir di rumahnya di Taman Timah, Jalan Putra di sini Selasa malam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian didakwa berlaku kira-kira 9.30 malam ketika kanak-kanak itu bermain seorang diri di ruang tamu rumah berkenaan.
"Kita menerima panggilan telefon daripada jirannya kira-kira pukul 10.40 malam mengatakan anak jirannya mati terjerut kain pengikat langsir," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Beliau berkata mangsa dipercayai seorang kanak-kanak hiperaktif dan didakwa telah memanjat sofa berhampiran dengan langsir sebelum dia terjerut pada kain pengikat langsir itu.
"Kita tidak tahu kejadian sebenar kerana semasa kejadian, emak dan nenek kanak-kanak itu berada di dapur, dan apabila neneknya keluar dari dapur, kanak-kanak itu sudah terkulai," katanya.
Adzaman berkata terdapat kesan lebam di leher kanak-kanak itu dan polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa, sama ada mati akibat sesak nafas atau patah leher.
"Buat masa ini, kita klasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Sultanah Bahiyah," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata 12 orang termasuk tiga warga asing telah ditahan Isnin lepas kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran di Lorong Petani.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada lima perempuan berumur antara 21 dan 48 tahun, empat lelaki rakyat tempatan berumur antara 20-an dan 40-an, serta tiga lelaki rakyat asing iaitu dari Indonesia, Nepal dan Bangladesh berumur antara 21 dan 43 tahun, dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
"Semua mereka direman selama empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini, dan kes disiasat di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
-- BERNAMA
sumber: carigold
Habis Berlobang Senduk haku
Posted by Ciklinn Hasib.ponn ponnn harga minyak naik lagi
Posted by Ciklinn Hasib.KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam Selasa, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.
Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.
Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.
-- BERNAMA
Surirumah Berwibawa
Posted by Ciklinn Hasib.arghhhhhhhhh choii sangat tajuk tu kan....
Kenapa kau mesti Hadir dalam Hidupku
Posted by Ciklinn Hasib.Sekali ku sauk... 2 pantai sekali gus
Posted by Ciklinn Hasib.hahhahahhaha... ntah apa2 tajuk kan kan kan...
maklumlah meroyan nak hapdet blog....
Pantai Kelanang Pantai Kelanang merupakan kawasan pantai berpasir dan ditumbuhi pokok-pokok rhu serta pkok kayu bakau. Pesisiran Pantai Baru Morib ke Pantai Kelanang dipenuhi oleh pokok kayu bakau.Pesisiran pantai antara Pantai Baru Morib dan Pantai Kelanang sejauh 7 KM.Dari jalan utama, Jalan Morib, akses ke Pantai Kelanang adalah melalui jalan kampung sediada di Pekan Tongkah dan seterusnya dihubungkan oleh jalan berturap sejauh 5 KM.Akses daripada Pekan Kelanang adalah sejauh 1.3 KM.Akses daripada Jugra boleh melalui jalan sediada dari Jeti Kelanang dan seterusnya dihubungkan jalan yang belum berturap sejauh 3 KM.