salam semua...... harap2 sapa2 yg masih membuka blog nih sihat2lah yer semua...... Ciklinn minta maaf byk2 sbb dah lama tak menjengah dan tidak menghapdet cerita ceriti kat blog nih....... masa sgt2lah terbatas skrg.... nak2 dgn bujang2 yg sedang membesar dgn jayanya.......mcm2 kerenah dorang yg nak dilayan.. udahnya mama sangat lemauuuuuuuuuu bila ada masa rehat tu.......
tapi ciklinn selalu apdet pendek2 kat FB hehehhehe...... pendek ker??? hahhaha........
bila tak berhapdet... makanya duit NUFFNANG saya pun semakinlah menipis... huwaaaaaaaaaaaa..... tak dapat dah nak beli benda2 sebagai kenangan tak rugi idup berblog.. kah!!!....... yer.... dulu berseri2 gaklah tgok nuffnang.... tapi sekarang... adolah ciput..... tapi takper sikit2 lama2 jadi bukit heheheh
meh layan gambar2 hero hero dan hero saya nih....... ALIFF, AISY mcm biasa sgt susah dah suruh bergambar.... tapi incik umar semakin pandai n bijak bergaya depan kamera....... sggt cute muka menyengih tu........
Archive for 2011
Abang Aliff + Abang Aisy + Incik Umar
Posted by Ciklinn Hasib.Resepi Nasi goreng Kerabu
Posted by Ciklinn Hasib.Coti sekolah bermula..... dan bermula jugalah sesi masak memasak... makan memakan dgn jayanya..... huhhhuhu.... bikin gemuk weihh... tapi takpe rasa best lak tgok anak2 mkn....... makanya malam tadi buatlah nasi goreng...
nasi goreng adalah nasi yg best...... nak makan sikit2 mesti takleh... mesti nak makan terbanyak juga kan..... ni lebih nasi siang..... n malam terciptalah nasi goreng ni ha....
Resepi mcm biasa.... sempoi2 jerk...
Nasi putih utk 3 org makan
2 biji bawangmerah
1biji bawang putih
5 tangkai cili api... lagi pedas lagi sedap..
sikit ikan bilis
n sikit belacan
tumbuk semua diatas... n tumis...... then masukkan
1 batang serai yg di racik halus.....
3 batang (betul ker batang yer) kacang panjang dipotong kecil
1 biji bawang besar... dipotong halus...tumis.. dan masukkan
garam secukup rasa....n masukkan
nasi utk 4 orang makan.... gaul semua hingga rata....... n siap utk dimakan.....
letak timun n tomato wat ulam.... nyum nyum nyummmmm......
Resepi Udang sambal PETAI
Posted by Ciklinn Hasib.perghhh terbaekkkk..... hehehhehe.... bertambah2 woo makan nasik.... nasi kosong letak kicap n sambal petai udang........ silalah berus bilik air kuat2..... tambahlah pewangi tambahan di bilik ayor..... kalo idak BERDESING idung okey.....
Resepi sambal udang saya sangatlah sempoi....... kalo seafood ciklinn mmg masak camni yerk.....
Udang sederhana besar 20 ekor.......
bawang besar dipotong2 halus.....
bawang putih di potong halus juga...
3 sudu besar cili pes.....
dan tumis semua diatas......
Bila dah agak naik minyak tu...... masukkan
1 sudu kecil pes asam jawa adabi.... heheh
3 sudu besar gula - suka lebihkan sbb kuat akan manis2 n pekat...
garam secukup rasa....... gaul rata..... dan masukkan udang....
bila udang dah maska baru masukkan petai... n tutup api...... petai haruslah masih krup krapp krup krap... baruu syokkk............... sekian resepi sempoii dari saya.... selamat mencuba.....
Doa memperbanyakkan Susu Ibu
Posted by Ciklinn Hasib.- Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
- Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
Doa Diperluaskan lagi rezeki- Kelebihan surah Al-waqiah
Posted by Ciklinn Hasib.“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
- Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
- Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
- Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
- Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
- Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya, Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa/tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Tips Untuk anak-anak-Doa untuk anak bijak cerdik dan mendengar kata
Posted by Ciklinn Hasib.Semakin hari semakin membesar anak2....... erm... mcm2 perangai yg keluar.... kadang2 ilang sabar ciklinn sebagai ibu........ tapi yerlah itulah tanggungjawab kita sebagai ibu menjaga... dan mendidik anak2..... so ku google lah doa2 yg kita sama2 leh amalkan untuk mendapatkan anak2 yg soleh dan solehah dunia dan akhirat.....
Untuk simpanan sendiri.......... dan juga untuk dikongsi bersama2 kawan2...... sama2 kita amalkan nyer......
ni dari blog Jue rahim....
INFO: Tip untuk ibu bapa
- Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
- Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
- Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
- Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
- 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
- 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
- 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
- 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
- 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
- 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Kerabu Kerisik Kerang Pucuk Paku
Posted by Ciklinn Hasib.Umar dan susu ibunya.....
Posted by Ciklinn Hasib.kah kah kah.. tajuk tu comel tak ... hahahhah
Alhamdulillah...... genap dah umar 1 tahun 7bulan minum susu ibu sepenuhnya..... alhamdulillah juga mama masih boleh menyusukan umar...... semoga mama boleh terus menyusukan umar sehingga cukup 2 tahun....... aminn...
tatapi kadang2 mama rasa sgt2 letih sebab incik umar... mmg pantang nampak mama dia releks2.... kompom dia dtg.... n duklah melekap.... huhuhuh nak2 mama mmg duduk rumah.... haitsss.... mmg semakin melekatlah dia.... apapun mama kena byk2 bersabar.. sbb susu ibu memang sgt banyak kelebihan nyer.......
meh ciklinn nak kongsi kelebihan susu ibu nih.. kompomlah ramai yg dah tahu kan.... tapi saja jer nak kongsi gak... dan ni juga jadi penguat semangat untuk mama teruskan bagi umar susu terbaikk di dunia..... hehhe... yes go go fighting mama........
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu." (Luqman: 14)
Sudah tentu pernyataan daripada kalam-kalam Allah ini mengandungi hikmah yang tersembunyi. Ya, ternyata susu ibu memang banyak kelebihannya. Para ibu sememangnya tidak boleh tidak(la budda) daripada menyusukan bayi mereka selepas kelahiran.
Apa kelebihan susu ibu?
Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.
Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi : Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.
Secara ringkasnya, di bawah ini adalah kelebihan-kelebihan susu ibu:
Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:
* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk bayi.
* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi.
* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)
* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan.
* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti apabila mereka dewasa.
* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.
* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.
Faedah penyusuan terhadap ibu
* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari.
* Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi.
* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.
* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.
Hari raya yang biasa2 jerk......
Posted by Ciklinn Hasib.hihihih aci tak nak ucapkan selamat hari raya lagi.... almaklumlah tuan tanah kedaung kan kebizian + kelemauan (eh apasal mcm nak kelucahan jer ayat nih)...... makanya blog dibiar kelesuan + kekepaman... muahahhaha....
Raya tahun ni agak kelam kabut untuk kami sekeluarga..... sbb nenek n pak mentua ciklinn sedang sakit..... makanya mak dan abah ciklinn mmg tak berapa nak raya risaukan nenek ciklinn yg sedang tenat itu.... (haishhh sedih lah pulak)...... semoga embah cepat sembuh yer...... dan sebelah husben ciklinn lak duk kerisauan akan kesihatan pak mentua ciklinn yg masih lagi kat sepital skrg nie.... so adik beradik husben mmg bergilir2 menjaga bapak dorang termasuklah incik laki ciklinn................
Minta maaf pada kawan2 yg menjemput ciklinn open house tu......sbb ciklinn xdpt nk dtg dan ciklinn juga betul2 minta maaf sbb tak dapat nak join kawan2 yg beraya kesana sini tu............... dan NAK MINTA MAAF JUGA BANYAK2... sbb ada kawan2 yg nak dtg rumah ciklinn lak takde kat rumah.... (saya dipos ke rumah kakak ciklinn... memandangkan ciklinn sgt kebosanan kat umah ..gi umah kakak ada gak kawan nak sembang..)
apapun syukur sgt2... sbb masih dapat beraya berya bersama2 keluarga ku tercinta... heheh dapat lah kami beraya 2 hari jer kot tanpa rasa kebimbangan sangat... sbb FIL n nenek sakit agak teruk bila dah raya 3-4 kotlah rasanya..................
anak2 macam biasa seronok jer raya............ dorang seronok sbb dapat minum AIR GAS BANYAK2.... huhhuh.... naik kembung dah ku tgok hero 2 org tu.... Incik umar pun tak ketinggalan... nak gak join minum AIR GAS.... hahahhaha.......
dan sekarang adalah sesi kami anak beranak mengperabis besikut2 raya yg ada tu ha............. hadoiiii naik 3kg sepanjang syawal ni ......... tak mau turun lak tu......... huwaaaaaaaaaaaaaaa...... rasa mmg bdn mcm naik 1cmlah.... ahhahaha.......
haitsss baru jer tgn laju menaip..otak gilat membuak kuar idea nak kongsi cerita.... ini budakkk (sila tgok gambar dibawah..) sudah celik membuntangkan matanya...... lalu dtg kepada mamanya sambil nangis minta didukung..... dan mama pun taip dengan laju menghabiskan keapdetan blog nyer untuk hari ni.......hehhehehe
Terima kasih pada kawan2 yg sudi gak jenguk2 blog kita ni yerk... TQ semua....
miss my blog........
Posted by Ciklinn Hasib.benar2 rindu nak hapdet....... benar2 rindu nak cerita ceriti....... harap benar2 ada masa dan kesempatan untuk menghapdet selalu.................
siang = sibukslah sgt dgn anak2...
malam = tersangat lah penat.... makanya bertimbun2 terkepam2 dalam draft......... ermmmmmmmmmm
Buat Kenangan Untuk Incik Umar Yusuf
Posted by Ciklinn Hasib.salam semua.... Ya Allah ciklin bulan2 posa ni punyerlah lemau nak menghapdet apa2 kat blog.... masa betul2 membataskan..... Tapi ciklin selalu lepak2 kat Facebook tu ha.... kenapa kat sana??? sbb leh hapdet pendek2... hehehhehehe...
okeylah ciklinn nak share gambar2 umar masa dia jatuh haritu.... pada yg dah tahu.... ciklinn ucapkan terima yg tak putus2 mendoakan kesihatan umar........
GAMBAR PERTAMA : Ni masa umar mula2 jatuh.... sgt besar kan benjol kepala dia..... mmg sesak napas ciklinn dibuatnyer... sedih yg hamat bila tgok benjol kat kepala dia nie.......bengkak camni sebab... umar terjatuh then terkena bucu meja........
GAMBAR KEDUA : Close up sikit.... kesiann kan...... TAPI MALAM TU UMAR TERSADUNG KAKI ABG DIA JATUH DAN TERKENA BENJOL TU SEKALI LAGI.. HUWAAAAAAAA SEDIH SANGAT2 WAKTU....... MMG SEJEKAP SGT BENDA TU BERLAKU.... CIKLINN ADA DGN DIA.. TAPI MMG TAK SEMPAT NAK BUAT APA2...... MAAFKAN MAMA SAYANG.............MAMA NAK AMBIL GAMBAR PUN TAK MAMPU..SBB KESIAN SGT2... HUHUHUHHUH....
GAMBAR KETIGA - selang 2 hari bengkak dah surut..... masa ni mmg ciklinn langsung tk buat apa2.. mmg jaga umar sepenuhnya.... sbb sgt2 takut kalau2 dia jatuh lagi.....
GAMBAR KELIMA- Masa ni umar bengkak tu dah semakin surut...... dan lebam tu jadi.. sbb otot2 umar masih lembut... so dia bengkak camtu lah kata doktor...... so mama hanya tuam pelan2..... alhamdullialah semakin baik....... tapi umar tetap aktip mcm biasa..... huhuuhuh
GAMBAR KEENAM - hehhhe sangat comel kan..... malu konon ambil gambar... hehehh.. masa ni lebam pun makin kurang dah..... tingal sikit2 jerk.......
DAN GAMBAR TERAKHIR IALAH GAMBAR UMAR YG TERBARU..... ALHAMDULILLAH BAIK SEPENUHNYA.......... TAPI MAMA MASIH FOBIA... ASAL UMAR JATUH JER... RASA BERDEBAR2 SANGAT2... TAKUT SANGAT2 KALU JATUH KAT TEMPAT YG SAMA LAGI... HUHUHU.....
Sekian laporan penuh dari meja komputer ciklinn hehehhehe......
Resepi kuih LOMPAT TIKAM
Posted by Ciklinn Hasib.salam semua..... Ciklinn sangat teringin nak makan kuih ni... mmg dah lama sangat2 tak makan kuih nie...... pi cari kat bazar ramadhan takde ler pulak... makanya gigihlah ciklinn menggoogle resepi malam tadi......
oleh sebab tak leh nak tido duk tingat kuih ja.... kol 3 pagi ciklinn bangun dan dengan semangat berkobar2 bikin kuih ini lor..... hahahhaha.......... so masa sahur pagi dah sejuk n boleh makan.... PErghhhhhhhhhh sejuk tekak pepagi.............
tata taraaaaaaaaaaaa............ sangat cun kan kaler dia.....
Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )
- *Lapisan bawah :-
- 62 g tepung beras ( 8 sb )
- 660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
- 62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
- 1/2 sk garam
- 1 sk air kapur
- *Lapisan atas :-
- 25 g tepung beras ( 3 sb )
- 600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
- 1/2 sk garam
- *Air gula :-
- 250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
- 500 ml air ( 2 cwn )
- 1 helai daun pandan - di simpul
Cara-cara
- Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
- Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
- Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
- Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
- *Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.
Untuk pulut tu.......
1 cwn pulut - direndam sebentar dgn pewarna merah/ pink.... kalo pink lagi comel hihihi
1/2 cwn santan cair- agak2lah..kalo nak lembut pulut leh letak byk sikit....
Ciklinn kerajinan ku kukus pulut nih.... cara- kukus pulut... separuh masak gaulkan dengan santan..then kukus lagi....... kalao korang nak cepat..... masak jer pulut tu dgn air n pewarna........
kalu nak masak jer pulut tu... 1 cwn pulut dan 1 cwn santan cair...
Meleleh air mata tengok student malaysia kena rompak kat LONDON nie...
Posted by Ciklinn Hasib.
sangat kesian kat budak ni.... sama2 kita doakan kesihatan dan keselamatan dia....
Keropok Keping bekalan Ramadhan
Posted by Ciklinn Hasib.assalamualaikum..... selamat hari khamis.....
sekejap jerk masa berlalukan.... hari ni dah hari ke 4 kita berpuasa...
semoga kita semua dpat menjalankan ibadah puasa dgn sebaiknya.... aminnn....
hohohohohohooho apakah yg ada lama kotak gedabak yg siap naik eyopen nih???? hihihihih
ya berbungkus2 kopok keping utk di krup krap krupp kraaappppp disepanjang ramadhan nie.... hehhe...
kenapa samapi berkotak kirim????? sbb keropok ni mmg sgt sedap.. ikan pun byk... dibawa khas dari terengganu...oleh adik ipar ciklinn..... TQ yer Incik bayzulkama........ nanti kalo gi outstation lagi bawaklah apa2 yg patut utk kakak ipo kamu nih yerk.... hehehhehehe
hamik ko..... sampai ke raya lah nanti duk menggoreng... hahhahaha....
meh dtg umah meh... kita makan kopok sama2.... hehehe
lupa nak bgtau... nama kopok ni kopok dani.... mmg sedap wat mkn nasi.....
Resepi Puding Roti Marble
Posted by Ciklinn Hasib.salam ramadhan untuk semua........
hari ni hari ke tiga kita berpuasa... sekejap jerk dah 3 hari dah ha berpuasa....
dan hari ni saya dgn gumbiranya nak kongsi satu resepi puding yg sgt2 sedap.... anak2 ciklinn mmg suka sgt2....
ni kali 3 ciklinn buat puding ni..... seronok sgt buat sbb anak2 n incik laki yg tka makan puding sblm2 ni... tiba2 jatuh cinta n sgt2 suka dgn puding nie..... TQ pada hana dari Myresepi yg telah berkongsi resepi nie....
ta ta taraaaaaaaaaaaaaaa.... ciklinn buat dlam bekas2 kecik.. so sgt comel bila dh dipotong2.... hehehehh
meh jenguk2 resepi kat bawah......
Ciklinn Ambil resepi dari Myresepi..... TQ sis hana......
Semua dibawah ciklinn copy paste ja dari sana.... hehehe
Bahan-bahan ( satu loyang )
- 4 keping roti- ciklinn buat 6 keping
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 8gram serbuk agar2- ni jumpa yg 10gm jerk. so humban jer 10gm... hihihih
- 1/2 cawan gula - bleh kurangkn- kalau suka manis leh lebihkn sikit..
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
- 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
- Nih gamba serbuk agar2 yg hana gunakan. bg sesiapa yg duk d jepun, bleh dptkan serbuk agar2 nih d mana2 supa. dlm tuh ade 4 peket, dan setiap peket berat 4g. Brand topvalu.
selamat mencuba... mmg sedap...
Tutorial - Apron Jeans Terpakai GO GREEN
Posted by Ciklinn Hasib.Yehaaaaaaa akhirnya projek yg nak dibuat2 selama seminggu lebih akhirnya terlaksana dengan jayanya..... semalam adik2 ciklinn UDe n Cik biha datang umah... makanya ciklinn pun laju2 buat kerja...... mengemop mengemas... semua2lah...
oleh sebab dah ada org yg jaga hero tecik ciklinn... apalagi lepaskanlah gian menjahit kan......
kesian ciklinn tau... apron kt umah yg koyak...... so kenalah buat sendiri.... heheheh sgt2 jimat yer kawan2... ZERO modal.... ok meh wat apron meh.......
TARAAAAAAAA yg ni lak letak LOVE2...... so ciklinn masak pastinya dengan penuh kasih dan sayang..... hahahhahahahhah........
Salam Ramadhan Untuk semua
Posted by Ciklinn Hasib.semoga Ramadhan kita semua lebih baik dari tahun2 sebelumnya....
sama-sama kita banyakkan amalan yg baik di bulan ramadhan ni...
untuk kaum ibu pastinya petang2 akan pining kepala duk mikir nak masak apalah utk berbukakan......
ciklinn ni pun agaknya mau masak sejenis jerk tiap2 ptg.. hat lain2 wajib rambang mata kat bazar ramadhan tu nanti...... hehehhee......
Kelakor tak hingat -IUV아이유브이_Korea's Got Talent 2011 Audition EP1
Posted by Ciklinn Hasib.
hadoiii kelakorr tak hingat....selamba jer dorang kan?
Letih + Penat + takde mood
Posted by Ciklinn Hasib.haishhh ntah napa sejak dua menjak ni mak betul2 takde mood...
rasa letih sgt2... mmg takd emood langsung..
bak kata laki.... "apasal mama LEMAU jer ni"
Agaknya sosial kurang kot... tu yg LEMAU jer tu kan..
sgt rindu nak kerja balik...
ada kawan bersembang dan bergurau2...
dan juga kawan2 bawak gaduh hahhahahhah
tapiiiii rasa nak kerja tu datg bila LEMAU camni jerk...
kalau time cergas happy dan yg sewaktu dengannya....
MEMANG tak mau kerja dah....
SERONOK duk umah bergolek2 bersama2 anak2..
takde sapa bg arahan... takde sapa susun peraturan.....
apaun hari ni mmg LEMAU..... NAK citer2 pun LEMAU...
DAN DI ISHTIHARKAN HARINI HARI LEMAU SEDUNIA... HAHHAH
Sarapan Pagi - naik jemu sbb anak2 nak tiap2 hari.. Grrr...
Posted by Ciklinn Hasib.Terasa macam 20 tahun lah pulak... hahhahha
Posted by Ciklinn Hasib.hadoii sgt mengada2 nak letak gambar nie.... hehehe... benanya rsa best lak amik gambar camni... duduk kat tngga... senyum2.... hehehheheh
tingat zaman bujang2 dulu.... kalu kami sepupu sepappat serapat duk bertenggek kat tangga.. mesti nenek ciklinn bising..... "jangan duduk kat tangga... nanti tak laku" hehehhe
tapi sebenarnya.. dia susah nak lalu kalau dah cucu2 penuh kat tangga tu kan.... hahha...
D'One Steak Seksyen 7, Shah Alam
Posted by Ciklinn Hasib.1. Servis yg bagus.... cepat jer sampai makanan... erm,,, tapi dorang lupa wat ciklin punyer..... anak2 n laki dah abis mkn..baru siap order saya... huwaaaaaaaaaaa
so korang leh lah cuba makan kat sini..... total kami mlm tu.. dalam 70 hinggit jer kot.... oleh sebab dalam 70 hinggit makanya mama belanja.. muahhahahhah
ni alamat tempat tu...
24, Jalan Kristal J 7/J, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 40000, Shah Alam