Archive for November 2010

Mayat Isteri Dalam Almari Laki Buat Seks Kat luar almari

Posted by Ciklinn Hasib.

Mayat Dalam Almari: Tertuduh Buat Hubungan Seks Dengan Kekasih Depan Almari
SHAH ALAM: Pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.
Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas masuk dan meletakkan beg pakaian di ruang tamu dia kemudiannya naik ke bilik utama untuk menggunakan tandas. Selepas itu, katanya, Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.
“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi tertuduh kata sekejap sahaja,” katanya yang mengenali tertuduh sebagai berstatus duda semasa mereka bekerja di Tropicana Medical Centre pada 2009.
Ketika ditanya mengenai kedudukan almari pakaian berkenaan, saksi pendakwaan kelima itu memberitahu, pandangannya tidak jelas kerana tidak memakai cermin mata yang diletakkan di atas kabinet.
Tambah Nazratul Anis, tertuduh juga berkelakuan seolah-olah mahu menghalang pandangannya di bahagian kiri kerana sering berdiri di sebelah kiri dan juga menunggunya keluar daripada tandas.
Saksi menambah, dia tidak melihat perkara luar biasa ataupun mendengar bunyi orang mengerang semasa berada di bilik itu.
Mohafri, 37, yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat katering dibicarakan atas tuduhan membunuh Fazlina, 38, antara pukul 5 dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009 di rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang.
Dia yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mayat Fazlina, ibu kepada dua orang anak itu ditemui dibaluti kain selimut tebal dan diletakkan di bahagian bawah almari pakaian manakala hidung dan mulutnya ditekup dengan menggunakan pita pelekat.
Mangsa juga merupakan seorang penghidap asma kronik.
Terdahulu, saksi berkenaan memberitahu, dia bertolak pada pukul 1 petang dari Parit Buntar, Perak dan tiba di Perhentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur (dekat sini) pada pukul 5 petang.
Katanya, tertuduh datang menjemputnya dan membawa dia ke sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang.
Katanya lagi, selepas mengadakan hubungan seks dia mendengar bunyi loceng dan tertuduh telah mengarahkan saksi untuk mendiamkan diri manakala tertuduh menuju ke arah tingkap.
“Saya ada menyuruh tertuduh membuka pintu kerana mungkin ada sesiapa di luar, mungkin ada pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi tertuduh beritahu ada seorang perempuan memakai seragam polis di luar rumah,” katanya.
Tertuduh semasa itu tidak mahu membuka pintu dan memberi alasan polis itu mencari pembantu rumahnya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri.
Mengenai hubungan sulit mereka, Nazratul Anis berkata, mereka telah merancang untuk ke sempadan Thailand bagi urusan pernikahan pada hari kejadian pembunuhan itu berlaku.
Katanya, rancangan untuk bernikah di sempadan Thailand dibuat ekoran hubungan mereka tidak direstui oleh bapanya dan tertuduh telah menguruskan segala urusan berkaitan pernikahan.
Sehubungan itu, Nazratul Anis telah menaiki bas daripada Parit Buntar, Perak untuk berjumpa dengan tertuduh sebelum mereka menaiki kereta api ke Perlis.
Selepas keluar dari rumah berkenaan, saksi yang bertubuh kecil molek itu seterusnya memberitahu, mereka dijemput oleh adik Mohafri yang dkenali sebagai Hanafi dengan kereta Proton Wira untuk ke perhentian Transit Aliran Ringan (LRT).
“Saya dan tertuduh menaiki teksi untuk ke KL Sentral kerana kereta api kami bertolak pada pukul 8.15 malam. Sepanjang perjalanan, saya nampak tertuduh sibuk bercakap di telefon bimbit.
“Pada pukul 9 malam, ketika kereta api sampai di stesen Rawang, dekat sini saya dan tertuduh turun. Saya tanya tertuduh kenapa dan dia cakap dia terpaksa buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina.
“Saya cakap, apa kaitan dia dengan Fazlina kerana mereka dah bercerai. Dia jawab, "dia orang" yang desak dia untuk buat laporan. Tapi saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan dengan ‘dia orang’,” katanya yang ditinggalkan tertuduh dan diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur sendirian.
Bagaimanapun, Nazratul Anis menghubungi rakannya, Nur Ikhwan Abadi Andi Samsinar yang dipanggil Wan agar menjemputnya di stesen kereta api Sungai Buloh.
“Wan bawa saya ke tempat kerjanya kerana dia masih belum habis waktu bekerja sementara saya menunggu di dalam kereta sehingga pukul 10.30 malam. Selepas itu, kami pergi ke rumah tertuduh.
“Masa sampai, kawasan itu telah dikepung oleh polis. Wan buat satu pusingan dan letak kereta di belakang. Wan suruh saya duduk di dalam kereta sambil dia pergi bertanyakan orang.
“Wan kemudian memberitahu saya ada kes suami bunuh isteri,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar.
Saksi itu menambah, dia membuat laporan polis selepas diminta oleh Wan memandangkan dia adalah individu terakhir bersama tertuduh. Di balai polis, dia dibawa ke sebuah bilik untuk diambil keterangan dan telefon bimbitnya dirampas.
Sementara itu, kakak mangsa yang bernama Faezah selaku saksi pendakwaan keenam menangis apabila dirujuk gambar adiknya dan memberitahu dia mula rapat dengan adik bongsunya sejak akhir tahun lalu.
“Fazlina ada memberitahu bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga dan mereka hendak bercerai,” katanya.
Saksi yang bekerja sebagai penolong jururawat di Pulau Pinang juga memberitahu, kali terkahir dia menghubungi mangsa ialah pada pukul 5.30 pagi, hari kejadian bagi meminta mangsa mengambil cuti kecemasan untuk membawa bapa mereka yang berada di Kulim,Kedah yang sakit.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung 13 Januari depan.

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Hoyerrr.... saya udah dapat iPhone 4 yang....

Posted by Ciklinn Hasib.

giler kentang weih happy lompat2 bintang...
lenguh badan terseronok sgt dapat...

habis ku belek2.... ku telek2......
Segenap alam ku jelajah.........



tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
ku benar2 hampa....
sebab ia hanya sebuah Mimpi....
Hampeh...............

huhhuhuhuhuh tadi Ciklinn tido sekejap leh lak mimpi Iphone.... ni gara2 duk tgok2 flyer yg dtg umah lah nie.... pehtu duklah cakap laki nak iphone... huhhuhuhuh....

pastu mlm tadi adik ipar tunjuk lak camera yg baru yg opis dia bagi... then aku gatai suh dia mintak iphone lak kat bos dia..... lagilah terbawak2..... huhuhhuhuh

haitss...... ntah bila nak dapat nie.... takpe Ciklinn doa hari2..... mesti dapat satu hari nanti kan... walau harga dah tinggal RM100..... hahhahhahahhaha


* kesengalan hapdet mimpi......... ntah apa2 kan...

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Gambar - Lelaki Muda Mesra Dalam Pelukan Zahid Hamidi

Posted by Ciklinn Hasib.

Hisshhh hishh Hishh.......... itulah penangan jadi orang penting orang populor..
tentulah ramai yg nak menyendeng kan?

Termasuk Dato' Zahid sendiri.......
Biasalah politik kan ke KOTOR.... huhuuuh

Tapi kenapa mesti lelaki muda????
Kenapa tidak perempuan muda????


Korang kenal tak Dato' Zahid ni?????


Yer lelaki Muda yg di kaitkan dengan beliau ialah

*


*


*


*


*


*



YERrrr.............anak lelakiku  Incik Ahmad Umar Yusuf...
Hehehhehehehe.....
BUkan Umar yg tergedik2 nak menyendeng...
Tapi mama yg paksa.....ngeh ngehngeh
Korang tgok tgh tido dia...
Mama gigih gak angkat dia...
N paksa Dato dukung gak......

Actually gambar ni diambil masa majlis perkahwinan sepupu Ciklinn haritu...
Kebetulan Dato Zahid datang ke Majlis tu.....
Dato Zahid ialah pakcik sedara kepada sepupu Ciklinn tu...


Semoga Umar leh jadi Perdana menteri satu hari nanti... aminnn

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Musim mengawan Yang telah tiba

Posted by Ciklinn Hasib.

Alhamdulillah.....

ramai betul yang melangsungkan perkahwinan dimusim coti sekolah ni kan...

Ciklinn pun dapat banyak betul jemputan kahwin...
Terima kasih pada yg menjemput yer.....

Mana yg Ciklinn tak sampai tu minta maaf banyak2....

Best gak.... sambil orang-orang tu mengawan kita leh makan nasi minyak kan... kan kankan..

Tapi sejak tentera tecik Umar ada menemankan mama sekarang...
Mama dah tak dapat nak merasai kenikmatan nasi2 minyak tersebut....

Dek kerana Umar dengan baik hati tarik2 pinggan mama suruh diet....
HUwaaaaaaaaaa macam VAKUM okeh Ciklinn telan nasi minyak tersebut... huhuhuh


Semalam Ciklinn dijemput ke Majlis perkahwinan adik My BFF Ct Khadijah aka KATE... iaitu INcik Ayub dan Puan Anum....


Ayub ni Ciklinn kenal dari budak hingusan yg kurus dan henceem......
tup2 kahwin dah ha budak tecik lagi hencem ni....... hehhehehehhehe...
apapun akak ucapkan tahniah.. dan semoga terus berbahagia hingga keakhir hayat

 

Arghh.....
dia ialah my LESBO aka BFF di zaman anak dara cun melecun lagi bergetah dulu...
Dialah penyelamat bila Ciklinn kantaoii..... kantoiii apa????? Syhhhhhhh diam2 sudah...
Dialah sahabat Bila Ciklinn sedih...... Dialah Teman Peluk2 tiap2 malam.... wakakakkaka

Tengokk kami lebih mesra dari pengantin kan....

Eh! Kate kita dah kenal 10 tahun yerk.... tak sanggka sungguhlah.... 
Semoga kita terus beramas mesra.... dan semoga Allah tak uji kita kan....
Aminnn




ha yang ni Incik Laki dia.... Incik Hafiz....
Ya Allah really the loving couple yer adik2.....
Dari Zaman Belajar di Poli... CHinta Utuh hingga lahirnya 4 orang Zuriat... chewahhh

Giler kentang weih masa apis nak tackle kate dulu....
Disuruh pakai jeans terbalik dia pakai...
Disuruh pakai selipar terbalik dipakai.....
hahahhahhaha yg paling best 
disuruh amik makanan kat majlis orang depan rumah....
PUN DIA PERGI YER KAWAN_KAWAN.... hadoiiii Apis... apiss


tiba2 teringat lak insiden MAjlis Akad Nikah yg paling lawak itu..... hahahha

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Okey tak yerk kawan-kawan

Posted by Ciklinn Hasib.

Ya Allah......

Giler kentang weih Ciklinn terteleng-teleng mencipta watermark...

hahahahha...... menciptalah sangat kan.......

nak tanya pendapat kamu dan kamu semua....

Okey tak watermark nie????

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Tak Boleh Tido

Posted by Ciklinn Hasib.

Kepala sedang berputar2...
Pikir pikir dan terus berpikir...

Patut ker teruskan seperti yg direncanakan...
Atau menolak satu lagi peluang???

(jam menunjukkan kol 2 pagi)

ERm...........

hihihihi dalam duk pening2 best layan blog budak gay hamzah... pecah usus kentut gelak2.....

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

LIVE -ASB - Dividen 20% untuk tahun 2010

Posted by Ciklinn Hasib.

wahhh....... seronokknya.... melompat2 bagai bintang woo...
hishh.. hishh.. hishhh...
kalau benar bagai dikata........ leh bercoti sakan tahun depan hoyerrr....

walau yg terkumpul dalam ASB hanya pinjaman semata wakakakakkakakak....
ok lah kan untung sikit lepas ditolak loan selama setahun hasil dividen tu.. kuikuikui

eh ni rumors jer kan......... sebab dorang kata sempena PNB berumur 50 tahun.....

ada sapa2 tak yg keje kat PNB yg boleh bg angin2 tentang berita nie????


sempat mak okey dalam duk kalut tumis sotong sambal... hapdet laju2 pasal ABS... hahahhaahahha

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

hadoii tersongih2 aku di buat kamu Cik Mat Ude

Posted by Ciklinn Hasib.

alhamdulillah Ciklinn baru jer sampai umah ni ha... (jam menunjukkan kol 2.42 pagi).. arghhh sampai2 jer umah terus bukak blog yg seminggu udah ku biarkan berjalan dengan sendiri...dengan entry-entry auto publish hehheheh.... nasib baik entry-entry ni keluar seperti yg telah diarahkan... hihihihih bagus2...

Terima kasih pada kawan2 yg jenguk2 yerk..... Ciklinn dah isi minyak banyak2 ni nak melawat korang lepas nie....hehhehee...... windu wooo...... kat kg duklah tingat2 blog....

pastu tadi teringat lak kat blog adik Ciklinn yg jambu tu kan.... bukak2 terus baca entry2 dia yg ciklinn tertinggal.... wallah gilerr teringat beb.... pengalaman masa kecik2..... hahhahah......... cayalah Ude....

Cerita Terbaru dia main pakau....... tapi akak kamoo suka cerita naik beskal tu... hahhahah... tapi tak puas hati sebab ko tak citer pun akak yg usung kamo naik basikal pepagi buto pergi beli nasi lemak..... siap letak ko  kat depan lagi....


hihiihi pinjam gambar yerk ude.... suka lak aku tgok kartun2 kamu nih.... kalu nak tengok lagi dan lagi boleh korang kesini..... Roq Blog




ni pun auto publish gak yer.. sebab semasa sedang di publish Ciklinn kamu sedang berhempas pulas memcoci, menyidai, melipat... mengemop... menyental segala mak nenek yg ditinggalkan selama seminggu nih.. huhuhuhuh

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

50 First Dates vs Seribu Kali Cinta

Posted by Ciklinn Hasib.

Setelah tamat cerita Chinta sekarang  slot Akasia TV3
telah digantikan dengan cerita Seribu Kali Cinta

huhuhu sangat touching gak episod akhir Chinta tu kan....

dalam seminggu duk lepak tengok cerita Seribu Kali Cinta ...
Best gak layan...... cuma bila dah sampai episod ke 3 camtu baru Ciklinn perasan
yang cerita ni kan.... diadaptasikan dari cerita 50 Dates.....
Taktaulah betul ke tidak sebab baru seminggu kan....


 vs





Tapi motip the cerita mmg sama...... seorang lelaki yg kejar cinta seorang wanita hilang ingatan...... hari ni ingat then esok lupa............

Untuk pengetahuan korang... Ciklinn mmg suka sangat dan dan giler dengan cerita 50 First Dates tu........ ntah berapa kali pun ciklinn tak tau Ciklinn tengok.... hihihihih mmg sempoi dan santai jer cerita dia............. pelakon dia Adam Sandler dan Drew Barrymore

Haits.. korang tau jerlah kalu si yahudi laknatullah  Adam Sandler ni berlakonkan.... memang berkesan n sempoi dan kelakar habis.... hihihihih

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang cerita 50 First Dates.... kompom korang memmang layan habis cerita ni tau..... sangat romantik.... dengan lokasi pengembaraan yg sangat cantik.. korang akan terbuai2 tau.. kehkehkeh.... dan sangat2 sweet bila adam terpaksa merakam tiap2 hari apa yg berlaku supaya si isteri yg hilang ingatan ni akan inagt apa yang berlaku semalam......




Okey berbalik pada Seribu Kali Cinta-Slot Akasia TV3......

Sinopsis Seribu Kali Cinta

Nizam (Kamal Adli), seorang jejakan yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.


Ini adalah entry Auto publish..... Ciklinn Sedang berada di kampung sekarang


Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Resepi Kek Coklat Mesra Cheesecake

Posted by Ciklinn Hasib.

Sempena Raya Haji haritu...
Ciklinn ada buat marble Cheesecake...
Resepi asal ntah kemana Ciklinn letak...
Makanya godek2 jerlah kertas2 resepi yg Ciklinn dah potostat sebelum ni...

Ciklinn amik resepi Coklat moist...
Pehtu sesukahati mak nenek buat resepi cheesecake sendiri... hhahaha

Alhamdulillah menjadi dengan jayanya......
Kek Coklat Mesra Cheesecake.. hihihihihih


Resepi Kek Coklat (bahagian bawah)

1 cawan tepung kek (naik sendiri)
1 cawan Gula halus
2 biji telur
125 gm butter ( ciklinn pakai Anchor)

1/2 cwn seerbuk koko *
1/4 cawan gula*
1/2 cawan air panas*
1/2 cawan susu cair (ciklinn pakai susu kotak)*
* satukan kesemua diaatas

Cara - pukul butter dan gula sehingga kembang... kemudian masuk telur ( masukkan satu persatu yer,pukul lebih kurang seminit..baru masukkan sebiji lagi)...  kemudian masukkan tepung dan bahan bertanda *..... masukkan kek dlm bekas dan bakar kek...

Resepi Cheesecake (bahagian atas)

250gm Cream cheese
125 gm butter (pakai anchor)
3/4 cwn gula halus
2 biji telur
1 3/4 cwn tepung kek

1camca jus lemon (ciklinn pakai sunquick jerk)
1/2 cawan susu segar

cara- pukul CC + butter + gula halus.... sehingga kembang.. kemudian telur satu persatu.... masukkan tepung + jus lemon dan susu segar.......


cara lapisan dibuat........... mula2 bakar dulu kek bahagian bawah.... agak2 dia macam separuh masak..... angkat... dan masukkan bahan cheese (bahagian atas) tu....... bakar kembali sehingga masak..... nak tau kek dah masak ketidak...... cucuk kek dgn lidi... kalau lidi tu bersih jer keluar.... makanya kek sudah masak lah tu......

lagi satu.... Kalau nak cari Creamcheese kan elok cari di kedai2 pemborong bahan2 kek... sebab korang boleh dapat pada harga yg murah.............. kat kedai ni ciklinn boleh dapat 250gm pada harga RM7.50... kalu di hypermarket (tesco ka.. carefour ka).... RM12.00 hinggit... mahallkan kankan.. boleh dapat dua 250gm.......... huhuhuhuhu



kalu kat hypermarket lebih kurang cengginilah ghupernyer......... 


Resepi asal boleh di tengok kat sini... Marble Cheesecake





entry ini adalah Autopublish... ciklinn sedang berada di kampung sekarang

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Satay

Posted by Ciklinn Hasib.

Husben ciklinn mmg peminat satay....
hari2 jumpa satay pun tetapp ditelannyer....
Ciklinn ni okey2 jerk....

boleh lah makan 10 ke 15 cucuk sekali makan kahkahkah.....

tadi masa duk pikir apalah nak dihapdet kan kat blog ni...
ciklinn teringat masa kecik2..
Abah Ciklinn kalau setiap kali gaji kan mesti belikan kami adik beradik... SATAY

abah kalu beli satay selalu dalam 30-40 cucuk camtu...
pastu mak ciklinn akan bahagi2kan satay tu...
dapatlah sorang 5 cucuk camtu...

pastu tinggalkan untuk abah dalm 3 cucuk satay jerk.. hahahhah
Abah ciklinn selalu makan kemudian sbb lepas balik surau
dia mesti dudk dalam bilik solat sunat n baca al quran..

yang best adik ciklinn hero 2 ekoq tu kan mesti tunggu abah dorang makan
"bilalah abah nak makan ni..."
nak tau sebab apa?????
Sebab nak tunggu kalau2 abah tak makn pun satay tu..... hihihihihi

Hasil penungguan tersebut budak dua ekoq tu akan dapat lagi 
sorang secucuk....... hhahhahahh

Kesimpulannya........... itulah abah Ciklinn.... Dia mmg akan pastikan anak-anak dia makan dulu... baru dia makan.........

Sebab tu setiap kali kalau Ciklinn makan sedap2 kat sinikan.. mesti teringat kat abah n mak kat kampung huwaaaa sedih lah pulak bila teringat2 orang tua ni kan...

Eh.. tiba2 terinagt abah ciklinn sanagt suka cheesecake yg ciklinn buat... makanya kena buat projek cheesecake lah ni gayanya...


gambar satay dari blog budak ayu.. tq




-- ini adalah autopublish... Ciklinn sedang berada di kampung sekarang--



Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Ini adalah Roti Canai tersedap Didonia

Posted by Ciklinn Hasib.

ini adalah roti canai tersedap
wa cakap lu.. tak tipu wooo..

Ciklinn kalo makan wajib sekeping penuh
dan separuh keping aisy punyer
hihihiihhi


kenapa sedap???

sebab roti dia yg lembut.... sedap giler..
Kuah dal yg cair dimulut.... sedap giler
Sambal yg pedas2 manis.... sedap giler


kat mana nak dapat??

Restoren belakang umah ciklinn ni jerk....
Nama restoren..... Restoren SOLERO...
ni tempat makan masakan minang n nasi padang.....
Sis Hazesue kompom tau tempat nie... hehhee







Ini adalah Entry Auto publish... Ciklinn sedang berada dikampung sekarang


Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Blog Adik Ciklinn Yang Suka kencing Malam hahahahahha

Posted by Ciklinn Hasib.

Welkem to blog adik ku yg hencem......


"hahhah ko tentu suka dengan tajuk akak yg sememang nyer benar masa ko kecik2 dulu kan... nghnghngh..... "

Actually Ciklinn yg suruh adik ciklinn berblog.... sbb dia sagt kreatif kalu suruh melukis gambar.... sangat byk kartun 2 yg comel2 dalam simpanan Ude... so Ciklinn rasa elok kalu dia kongsikan hasil kerjatgn dia yg sagt kreatif tu kat blog kankankan.....


meh jom berkenalan dgn mamt yang selalu perasan dia Jejaka Comel seantero dunia



meh berkenalan dengan syafiq aka Ude aka roq

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Cuti Sekolah sudah, boleh kurus woo

Posted by Ciklinn Hasib.


Assalamualaikum.... haiyak sedar tak sedar udah seminggu dong Ciklinn tak hapdet... huhhuhuhu. Ciklinn minta maaf pada kawan2 sebab seminggu jugalah Ciklinn tak BW....

Banyak betul aktiviti sebelum raya haji haritu.... haitss... sangat2 penat lor... sampai rasa nak ngadap PC pun mmg betul2 tak larat........

dan cuti sekarnag cuti sekolah telah bermula... hoyerrr... dapatlah Ciklinn rehat sikit.. sbb Incik Laki pun bercuti................... huhuhuhuh

Ingat nak buat aktiviti masak memasak, buat kek, buat lauk pauk  yg sedap... wah2.. berkobar2 ni nak duduk dapur... hihhhi

Apa nak buat yerk cuti2 ni.... yang pasti nak bercuti takde dalam jadual..... sbb MR H kami mintak tukar baju.... adesssss..........

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Gambar - nabil 'Lu Pkirlah Sendiri' bercium mulut

Posted by Ciklinn Hasib.



 Patutlah Cik Irma Hasmie mengamuk mintak 'cerai'
 kalau dah camnilah gayanya........ hadoii....semua pompuan pun minta cerai

 Nabil-nabil.. penat tau i tekan SMS undi u dulu....
sangat kiciwa dengan perangai hantu kamu sekarang....
 ni lah kalu dah banyak sangat duit... Glemer lagi.....
 Semua benda kamu buat dengan sesukahati mak nenek kamu yer...

pada Nabil : kamu sendiri yang menjatuhkan karier kamu...
'Lu Pikirlah Sendiri.... Nabil'
Assalamualaikum...... hehehhe
(teringat2 kata-kata Nabil ni dulu masa dalam Raja Lawak)

 pada Irma:  sabar banyak-banyak, ramai lagi lelaki baik diluar sana
jangan jadi artis ini
lagi elok seblm kahwin dia buat perangai..leh cabut awal2...
Kalau dah kahwin lagi penat nak turun naik mahkamah kan?


Posted in , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,

Ya Allah YA Tuhanku, Sangat KAsihan Anak-anak Kecil ini

Posted by Ciklinn Hasib.



 TAkde apa yg dapat Ciklinn Ungkapkan.... 
terasa sangat-sangat sebak melihat gambar ini...
Bagaimana kalau anak aku ditempat ni.... 
Ya Allah....jadikanlah Malaysia Subur Aman dan MAkmur Amin...


 Sangat tersentuh bukan gambar di bawah???
melihat kanak-kanak melihat benda yg mereka sangat suka... iaitu GUla-gula
 Terlihat di wajah mereka keinginan untuk merasa Gula yg cantik itu...
Tapi mereka memang tidak akan memilikinya....

 Sedih sedih dan teramat sedih melihat gambar penderitaan anak-anak ini









Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka (bersedekah) pada jalan Allah laksana sebiji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan ganjaran-Nya kepada siapa yang disukai-Nya dan Tuhan itu Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." ( Al Baqarah : 261 )

Ayat di atas membuktikan kepada kita kelebihan bersedekah pada jalan Allah SWT. Allah SWT telah mengumpamakan pemberian (sedekah) itu seperti sebiji benih yang akan tumbuh menjadi tujuh tangkai dan setiap tangkai itu pula ada seratus biji.

Kekayaan dan kemiskinan adalah merupakan suatu ujian ke atas diri manusia. Orang yang kaya jika tidak dipandu dengan iman, pasti harta kekayaannya menjadikan dirinya binasa. Orang miskin pula, jika tidak bersabar akan ujian yang menimpa atas dirinya, pasti banyak pula kejahatan-kejahatan yang dilakukan. Contohnya mencuri, merompak dan sebagainya akibat dari desakan hidup. Oleh sebeb itulah Islam menggalakkan umatnya bersedekah. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan untuk membantu golongan miskin.

Bersedekah juga merupakan tanda keimanan seseorang Islam kepada Allah SWT kerana dengan bersedekah akan dapat mewujudkan sifat belas kasihan, berkasih sayang dan juga tolong-menolong antara orang kaya dengan orang miskin. Dengan jalan bersedekah, sekurang-kurangnya akan mengingatkan orang kaya tentang kesusahan dan akan dapat menggembirakan hati orang miskin. Akhirnya akan wujud suasana kasih sayang, belas kasihan dan tolong-menolong. Orang kaya dan miskin pula akan saling mendoakan bagi kebaikan antara mereka.

Imam Nawawi mengatakan bukti kukuhnya iman ialah dengan bersedekah kerana biasanya orang munafik boleh bersembahyang, tetapi tidak mudah untuk bersedekah.

Islam bukan sahaja mendorong umatnya bersedekah dalam bentuk harta benda, namun sedekah juga dikira dengan melakukan segala perkara kebaikan kepada sesama manusia. Walau bagaimanapun amalan banyak bersedekah dengan harta benda terutama dalam bulan Ramadan sangatlah dituntut. Di dalam Islam amalan bersedekah yang digalakkan seperti berikut;

1. Senyuman - yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati saudara kita.

2. Amar makruf dan nahi mungkar - Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh diertikan sebagai menyelamatkan saudara kita dari azab neraka.

3. Menyelesaikan masalah orang lain - Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa menunjukkan jalan kepada orang yang sesat merupakan sedekah. Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan maka perbuatan kita itu dikira sebagai sedekah.

4. Membuang sesuatu yang menghalang di jalan laluan - Membuang benda-benda yang berbahaya dan menghalang serta mengganggu perjalanan seperti duri, kaca, kayu, dan sebagainya juga merupakan sedekah.

5. Memberikan khidmat - Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan dengan memberikan bantuan tenaga atau perkhidmatan.

Pemberi sedekah hendaklah benar-benar ikhlas terhadap pemberiannya. Ianya bukan untuk dibalas atau dipuji. Sebaliknya apa yang diberi hanyalah untuk mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Juga tidak dibenarkan mengunkit-ungkit terhadap pemberian tersebut. Sekiranya diungkit maka sedekahnya itu tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Giler Kentang punyer Magik... Lawak-lawak

Posted by Ciklinn Hasib.

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Siapa Mau RM50 - 1st Lucky draw by Heze Sue

Posted by Ciklinn Hasib.

 jom kita beramai2 join GA ahkak ini......
sgt mudah dan simple jer nak join... 
manalah tau bertuah kan kan kan.... 
Kalu mahu sila klik gambar ahkak dibawah yer....




Harap-harap Ciklinn bertuahlah....... leh buat beli KFC untuk anak2 lagi.... heheheeh

Nak tag : Hanim besan ku
                  Zana Besan ku jua
                  Akish yg sgt rajin join kontes

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Ciklinn yg tak perfect - Perfectly timed photography

Posted by Ciklinn Hasib.

Ciklinn sedang sentap sekarang nih...... hhuhuh patut ker cakap Ciklinn takde kerja sebab tu berblog.... Saya sangat penat tau tak duduk kat rumah... sebab tu saya berblog.... baca blog orang... komen blog orang...... tu jer yg boleh buat saya reles sikit tensenn nie....


Layanss...........












Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Ayat Seribu dinar ayat penambah rezeki

Posted by Ciklinn Hasib.


boleh juga copy yg ciklinn letak belah kiri tu

Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali. kredit: alivewire

sama kita mengamalkan nya.... semoga pintu rezeki lebih terbuka luas untuk kita.... dan mesti disertai dengan usaha...... 

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Ini Semua Salah Iklan Nuffnang

Posted by Ciklinn Hasib.

huhuhuhu disebabkan kamu Nuffnang.... Ciklinn sanggup memujuk laki...
disebabkan kamu Nuffnang.... Ciklinn sanggup berpusing-pusing.... dari carrefour ke tesco lagi........

disebabkan kamu nufnang... Ciklinn tercari2... keh keh kehkeh... giler kentang ko ciklinn pi cari benda ni.. masyaallah macam orang mengandung.. hadoii.. ntah kenapa ciklinn sangat tertarik menarik n debaboommm dengan iklan dove yg menari2 kat blog Ciklinn nih... haiyooo..... itulah kuasa pengiklanan kan.... bukan coklat ni jer benarnya ada gak 2-3 jenis iklan yg buat ciklinn teringin sangat2 nak cuba,,.... yg terbaru Olay yg ada ning baizura tu.... hadoiii.....



ha ni lah disebabkan nilah...... sgt tertarik iklan ni... walau bergerak secara perlahan semasa menari2 tu kan..... wallah betul2 buat nak rasa wooo....

hoyerrrrr dah jumpa...... pilih hazel nut, almond n raisin.... ya allah serius sedap...
rasa coklat yg lembut..... nut yg krup krap krup krap... n raisin yg manis... wallah.... 


TAK PERCAYA???



Sila lihat reaksi model di bawah.....
 mula2 masuk muluttt........ dan menikmati rasa coklat....

 ha silat lihat sangat terbukti sedapkan kan kankan......
yer2 okeh umar mkn.... disedut-sedut ha...... hihiihihi

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Lagi Anak derhaka teringin sangat masuk neraka

Posted by Ciklinn Hasib.

KUANTAN: Seorang ibu maut selepas ditetak dengan kapak oleh anak lelakinya yang dipercayai penagih dadah di rumah mereka di Chini Timur Satu, Pekan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, ketika kejadian 10.30 malam itu, mangsa Che Wa Isa, 57, ditetak di bahagian kepala ketika sedang mengangkat jemuran di beranda rumah.

"Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Suspek yang berusia 23 tahun kemudiannya melarikan diri.

"Suami mangsa, 58, yang terdengar jeritan terus bergegas keluar dari rumah dan mendapati mangsa telah berlumuran darah selepas ditetak," katanya. Katanya polis kemudianya berjaya memberkas suspek di sebuah pondok di belakang rumah jirannya yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian bersama kapak yang digunakan.

"Ujian air kencing mendapati suspek yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu positif ganja," katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Budak Lelaki yg skodeng skirt anak jiran sebelah

Posted by Ciklinn Hasib.

 arghhh.... bukan main kamu berjoget2 yer...... tak hingat dah mak pak dia elok ja duk kat bawah..... kalu mak pak dia ngamuk2 kat mama camner???? kamu jangan bukan2 wahai anak ku...... hehheeheheh

semua diatas tidak kena mengena dgn yg hidup atau yg mati.... tatapi sebenarnya ciklinn nak citer jer aktiviti hari Ahad haritu.... MAjlis Anugerah Kecemerlangan Tadika Seri Lestari... yg diadakan di dewan rakan muda Kapar..

eh silap tajuk ada kena mngena gak sebenarnya..

aliff - "eeeeiii Aisy tak malu dancing2 dengan girl.... Aisy tengok spender dia yer..."

Aisy - "mama mana aisy tgok spender.... Cikgu suruh aisy joget... aisy nak dgn boy cikgu suruh dgn girl..."

Hadoii tak kose mak nak layan... lantak lah dorang dua beradik.. bergaduh2 manja kan....


Peaceeee... sebelum naik ke pentas... dup dap dup dap jantung budak ni tau

kasi senseng lengan ala mak limah okehh

tarik napasss.... readyy.....bukan main ko yer seman

hoyehhhhh..... gelekkk jgn tak gelek...

Ececececehceh ceh ceh..... Aisy dengan Maisarah... heheeh

 wakakkaaka Ciklinn paling suka part ni okeh...... dah mcm cerita Pramlee daaa

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: