Archive for October 2010

Nak gebu nak mantap??? si dia tahu rahsianya

Posted by Ciklinn Hasib.

KUALA LUMPUR: Kegebuan dan kemampuannya memiliki ramai anak mungkin dicemburui wanita lain, tapi semua itu tidak datang bergolek.
Sebaliknya, Maizawati Zainal, 35, yang namanya tersohor dek kontroversi dengan bekas suaminya, Akhil Hayy, mengamalkan enam petua bagi melengkapkan impiannya menjadi wanita ‘sempurna’ di mata lelaki.

Menurut Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza, petua utama adalah berpantang selepas melahirkan anak kerana percaya proses berkenaan dapat memulihkan tenaga dan memelihara kecantikan.




“Saya cuma mengamalkan berpantang. Saya yakin dengan kebaikan amalan tradisional itu selepas mendengarnya daripada ibu saudara. Proses berpantang membuang darah kotor dan wanita yang melahirkan anak beruntung kerana susah hendak diserang penyakit kronik.

“Ketika berpantang, saya memakan makanan yang boleh memanaskan badan dan makan jamu serbuk kerana percaya kesan pemulihan lepas bersalin lebih cepat. Sepanjang berpantang, saya banyakkan minum air akar kayu walaupun ia pahit. Saya berpantang selama setahun tidak minum ais dan minuman berkarbonat,” katanya.

Dia yang kini menjalankan perniagaan Madu Herba Maiza — produk kesihatan dengan campuran habbatussauda — turut memasukkan madu sebagai amalan pemakanan harian.

“Saya turut amalkan meminum madu setiap pagi dan malam bagi membantu meningkatkan antibodi tubuh dan awet muda,” katanya yang berminat menceburi bidang lakonan jika tiada aral.

Model sambilan itu memaklumkan, dia dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan mengurangkan aktiviti harian bagi menjaga kehamilan disebabkan terlalu aktif dan banyak berdiri.

“Selepas disahkan hamil dan berlaku pendarahan, saya perlu mengurangkan aktiviti harian dan banyak berehat seperti dinasihatkan doktor. Alhamdulillah saya tidak mabuk, cuma berlaku pendarahan kerana terlalu aktif. Selepas ujian imbasan dilakukan, bayi dalam rahim aktif,” katanya.

Ternyata Maiza yang kini meniti hari bahagia bersama suami baru, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, bertuah kerana tidak perlu menunggu lama selepas akad nikah, sebaliknya ‘bunting pelamin’ dan dijangka menyambut kelahiran anak terbaru, Mei depan.

‘Kesuburannya’ yang bakal menimang cahaya mata ketujuh pada usia 35 tahun — sesuatu yang jarang dialami wanita moden hari ini — turut membuatkan ramai wanita di luar sana mengagumi dan tertanya-tanya rahsia awet mudanya.

“Tiada rahsia besar memiliki ramai anak. Tambahan pula, keluarga ibu mempunyai ramai adik beradik. Saya bersyukur kerana disahkan hamil dan menganggapnya sebagai rezeki Allah. Tidak sangka hamil dalam waktu terdekat ini kerana kami tidak merancang apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki dirinya hamil apabila lewat datang bulan sebelum melakukan ujian kehamilan di rumah.

Selepas ujian itu menunjukkan tanda positif, Maiza mendapatkan pengesahan doktor dan disahkan hamil dua bulan.

“Sebenarnya kalau difikirkan, saya takut hendak mengandung. Proses mengandung dan melahirkan anak masih segar di ingatan. Suami gembira dengan berita itu dan meminta saya banyak berehat. Dia mengambil berat makan minum serta melarang saya melakukan kerja berat,” katanya.

Maiza mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Akhil Hayy iaitu Siti Nur Maisarah, 13; Mohd Syarif Idayatullah, 12; Mohd Syakir Idayatullah, 9, dan Mohd Syatiri Idayatullah, 3. Manakala dua lagi anak, Dania Sofea, 17, dan Danial Arif, 16, adalah hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya.

Model sambilan itu sebelum ini dikenali berikutan kesnya ditinggalkan bekas suami, bercerai dan kemudian dicemuh kerana berpasangan dengan lelaki lebih muda 12 tahun daripadanya.

Biarpun perkahwinan barunya mengundang pelbagai persepsi, Maiza berkata, dia tidak bimbang perbezaan usia kerana yakin Mohd Yassin mampu menjadi suami dan ayah kepada anaknya serta menjadi pelindung keluarga.


>PETUA MAIZAWATI
1. Amalkan berpantang
2. Amalkan makan makanan panas
3. Makan jamu serbuk
4. Minum air akar kayu
5. Elakkan minum ais dan minuman berkarbonat selama setahun
6. Minum madu setiap pagi dan malam


sat gi nak pergi kenduri... hoyerrrrrr.....

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Kemalangan Genting Sempah di KM38,

Posted by Ciklinn Hasib.

Kesemua tujuh yang maut dalam kemalangan di Genting Highland dibawa balik ke Baling, Kedah

KUALA LUMPUR: Kesemua tujuh yang maut dalam kemalangan bas pelancongan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi dibawa pulang ke kampung masing-masing di Baling, Kedah pagi ini.
Mereka terdiri daripada ketua rombongan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang juga seorang guru agama, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang semalam.

Sementara enam lagi terdiri daripada Mohammad Amirul Mohamat Isa, 13, Mohamad Khairy Mohamad Marzali, 14, Mohamad Yussof Akhil, 16, Mohamed Firdaus Rosedi, 16, Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Mohd Ridzuan Husin, 17 yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Hospital Sungai Buloh jenazah kesemua mereka sudah dituntut oleh keluarga masing-masing pada jam 7.45 pagi tadi untuk dibawa pulang ke Baling dengan tujuh kereta jenazah.

Kesemua mereka terdiri daripada 44 anggota rombongan belia Kampung Baru Siong, Baling, Kedah yang dalam acara lawatan ke Genting Highlands sejak Khamis lalu.

Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Baling, Muhammad Sani Mahmud yang dihubungi Bernama berkata, kesemua ketujuh-tujuh jenazah itu akan dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Baru Siong. Dalam kemalangan malam tadi, bas yang mereka naiki dilaporkan hilang kawalan dipercayai berpunca daripada masalah brek, ketika menuruni Genting Highlands di KM38, Genting Sempah dekat sini pada pukul 7.50 malam.

Bas itu terbabas dan terbalik di laluan bertentangan yang menyebabkan tujuh maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas itu.

Rombongan itu yang dalam lawatan ke Genting Highlands telah bertolak dari Kedah pada jam 11 malam Khamis dan tiba di Genting Highlands pada jam 8 pagi semalam.

Pada jam 7 malam semalam mereka bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay, dan dijangka pulang ke Baling petang ini. -Bernama

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Resepi Ayam Kicap Taucu

Posted by Ciklinn Hasib.




Asalnya kan Ciklinn nak buat resepi lain.... nak buat ayam kung pao cik mat gebu....tapi dek kerana bahan2 utk resepi asal sudah kehabisan... makanya kasi bedall jerlah ikut resepi yg ada.......

Ciklinn happy nak masak skrg sebab.... anak2 dah boleh makan masakan yg pedas2 sikit... so tak payah dah susah2 mcm dulu nak masak satu pedas satu tak pedas. Aisy sangat berselera makan ayam ni.....

dia kata "wahhhh sedapp mama..... mcm sup.." apa kena mengena dengan sup pun Ciklinn tak tau..... huhuhuhuhu.. aisy ni kadang pandai jer marapu2...

Ni resepi nya......

8 ketul ayam dipotong sederhana

2ketul bawang besar
1 ulas bawang putih

2sudu taucu
3sudu besar kicap manis - nak lebih pun tak pe..

2 cawan air....

1 batang serai
2 helai daun limau purut

garam ciklinn tka letak.,... sebab taucu n kicap pun dah cukup dah rasa masin nyer....

Cara: tumis bawang besar dan bawang putih.... masukkan serai dan ayam.. tumis hingga naik bau.... masukkan air...... tunggu hingga mendidih... masukkan taucu dan kicap.... dan tunggu air agak kering baru masukkan daun limau..... dan sedia untuk dimakan..... wallah....


kalau nak letak kentang atau cendawan butang pun boleh.... Ciklinn kehabisan bahan2 tu...

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Adakah Pembunuh Adik Nurin Kembali???

Posted by Ciklinn Hasib.

modus operandi yang sama...... dan macam yg kita tahu pembunuh adik nurin masih belum dijumpai... Ciklinn harap sangat  semoga pembunuh bersiri ni ada membuat sikit kesilapan yang dapat dikesan supaya pihak polis dapat menangkapnya.........


AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.

Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.

Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.

Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.

Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.

“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya.

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Tips dan Cara Agar Terindex di Search Engine

Posted by Ciklinn Hasib.

Ciklinn nak kongsi macammana cara kita boleh terindeks di Search Engine.... atau yg orang tengah sibuk2 sekarang SEO. apa yg ciklinn tau banyak cara yg kita boleh lakukan untuk kita terindeks di search engine. paham tak? terindeks tu camner? terindeks tu... kononlah ciklinn cari....... "cerita lucah di kampus".. dan kalau blog korang ada perkataan tu.... makanya akan keluarlah kat google atau yahoo blog korang... huhh untuk permulaan mungkin kena selak dan menyelak tapi kalu kita pandai bermain dengan keyword... insyallah boleh duduk kat 1 page tu.... apa itu keyword?? ha nanti lah ciklinn terang lebih lanjut...

huhhuuh Ciklinn bukan orang yg layak untuk bgtau SEO  ni... sbb blog Ciklinn pun nan hado jer ha terindeksnyer.......... apapun tak salah kan kalau nak berkongsi ilmu yang baru Ciklinn dapat ni.... meh kita sama-sama bereksperimentasikan benda ni..... Ciklinn pun sedang belajar benda2 camnie..........

Maklumat lanjut pasal SEO nanti Ciklinn try buat satu lagi entry yer...

Submit blog to Google 

tekan kuat-kuat disini Google Submission Page


 

Submit blog to Yahoo

tekan kuat-kuat disini Yahoo Submission Page


pilih yg Ciklinn tandakan dengan merah tu yer



 

Submit blog toBing

tekan kuat-kuat disini Bing Submission Page


jom kita ramai bereksperimentasi.............................









kredit:bloggersentral

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Incik Umar oh Incik Umar

Posted by Ciklinn Hasib.


hadoiiiiiiiiii........... umarr umarr umarr..........
langsung tak nak di tinggalkan............
nak melekatt jer......... sampai mama nak hapdet blog pun tak boleh.. huhuhuh

udahnya sambil update sambil mendodoi ha......
usah kata nak hapdet.........
kadang nak terkucil pun terpaksa ku tahan-tahan...
nak makan mcm nak bersukan... adesss......


hamboii suka kamu yer....
mama babab taulah...







 umar suruh layan ni dulu sementara dia titun......dan mama boleh buat entry yg baru....

 




 

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Suka hati ko yerk tumbuk mak sampai koma

Posted by Ciklinn Hasib.

sangat2 tak paham ni....... kenapa dan kenapa mesti ada anak yg camni..
mana letak akal fikiran..... kenapa mesti mesti ikut hati yg dirasuk syaitonn...

nak kata bodoh... boleh tahan kerjanya.......
nak kata sengalll....... kompomm sengall perangainya..

salah siapa sekarang... anak yg kurang ajar??
atau ibu yg kurang mengajar anaknya???

kalau ibu tidak membesarkannya.... memberi mkan setiap hari...
tidaklah dia berangan nak kawin sekarang nie...

Ibu koma kena penumbuk anak

KEMAMAN – Seorang juruteknik Petroleum Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya.
Kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kampung Mak Cili Paya di sini Ahad lalu itu berlaku ketika mangsa, Azizah Deraman, 47, didatangi anaknya yang mempersoalkan mengenai kelewatan persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini.
Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka ibunya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, tindakan biadap suspek itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mukanya tersembam ke meja.


kami berjanji akn terus menynyangi mak kami.... hingga kehujung nyawa kami....
kami berjanji akan terus menjaga kesejahteraan hidupnya hingga ke akhir hayat kami...

itulah janji kami pada mak kami.......


Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Nilah jadi kalo dunia semakin maju

Posted by Ciklinn Hasib.

 hihiihihi sangat kiut benda nie....
sangat kreatif....

  




Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Giler Kentang lawak- baik korang tengok

Posted by Ciklinn Hasib.

kelasss budak2 ni....
kat dapur jer ha.....
buat video.... hahahaha......
Ciklinn amik kat Facebook tadi....

Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter |

Kahwin Diri Sendiri??? SENGALL nyer perempuan!!

Posted by Ciklinn Hasib.



TAIPEI - Seorang wanita, Chen Wei-yih mengambil keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri selepas dia tidak berminat dengan lelaki yang ditemuinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia turut menerima tekanan sosial kerana masih belum berkahwin menyebabkan dia memutuskan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.

Pekerja pejabat berusia 30 tahun itu dijangka melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya pada bulan depan seorang diri tanpa suami.

Wei-yih sudah bergambar dengan memakai gaun putih, melantik seorang perancang perkahwinan dan menyewa satu dewan bankuet untuk dihadiri oleh 30 orang rakannya dalam majlis resepsi itu.

"Usia 30 tahun merupakan tempoh yang penting bagi saya. Namun saya belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai. Jadi, apa yang boleh saya buat?" soalnya.

"Saya tidak antiperkahwinan. Saya cuma berharap saya boleh meluahkan idea berbeza di luar lingkaran tradisi," katanya. Majlis Perkahwinannya itu melibatkan kos AS$5,675 (RM17,561).

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

sakit Bontot aka sakit mata ermmm.........

Posted by Ciklinn Hasib.

"Hishh... jgn cakap sakit mata.... 
nanti berjangkit.......cakap sakit bontot...."


huhuhu ciklinn pun tak tau kenapa..... apasal orang dulu2 cakap camtu.... sbb CIKlinn tegur anak sedara haritu....

'' kak... anak ko sakit mata nie......"

selang beberapa hari anak mama yg comell lote ni sakit mata...
apa kena mengena sakit mata dengan sakit bontot yerk...
mcm kelakar kan... tapi jangan ambil enteng tau pesanan orang tua-tua.....
 hehhheeh memmang kebetulankan....  
apa yg pasti sakit mata memmang berjangkit...




umar sedang sakit mata........ selsema balik(aisy bg mkn aiskrim).... 
hadoii..... kesian sangat2..... muka pun dah kecik jer ha....
makan tak mau susu pun kurang..... 
nampak tak gelang mata yg merah tu.... kesiannkan....

alhamdulillah mata tu dah kurang dah kuar taik mata....
Ciklinn letak susu badan jer........ petua orang tua2 kalau anak sakit mata...
Letak susu bdan...... hehehheeh

Posted in , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,

Kencing muka lafaz talak tiga

Posted by Ciklinn Hasib.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini. 

Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.

“Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.

“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya.

Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


Sila kencing di toilet.... bukan dimuka isteri...
Sila Kencing duduk yer...... tak baik kencing berdiri...
itu adalah amalan syaitooonnnnnnnn....







"saya bukan rosmah mansur....... apatah lagi nyonya mansur"

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Sila Pastikan anda berada di tempat yg betul

Posted by Ciklinn Hasib.


hiiiihihihi nak masuk sila pilih dulu yer adik2..............
jangan salah pilih merana nnati... hahhahah


 
 










Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Gambar anak perempuan Nana dan Brian

Posted by Ciklinn Hasib.

tahniah untuk nana dan suami.....
comelkan.....tambunn ha......





PETALING JAYA: Penyampai radio stesen X FM, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana,27, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 11.21 pagi Khamis, di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor.
Bayi yang seberat 2.71 kilogram itu dilahirkan secara normal dan diberi nama Althea Raqeem Brian. Ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat.
Beritahu Nana, dia gembira kerana dapat melahirkan Althea tanpa sebarang masalah.
"Saya gembira sangat. Siapa yang tak gembira bila mendapat seorang anak?" katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
Bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama itu tidak dapat berbual panjang kerana perlu bertemu dengan doktor ketika dihubungi.
Nana dan pasangannya, Mohammad Raqeem Brian, 36, telah berkahwin pada 6 Jun tahun lalu.
 sumber: mstar...


gambar2 kredit untuk cari forum

Posted in , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,

Ciklinn Berangan nak cantik camnie...

Posted by Ciklinn Hasib.

serius!!!! tak tipu......... kat hati membuak2 rasa nak gi makeover muka ni ha.....
bukan buat plastik sugeri tapi nak mekap2 jerk...
tak maulah bedah2 muka nak cantik....
huhhuuhuhuhuhuhu

Arghhh.. bestnyer kalo dapat makeover macam dorang nie?
Ada sapa2 tak yang nak tunaikan??? wakakkaakka

(tiap-tiap hari duk skodeng Youtube.... nak belajor mekap lawo-lawo)

pehtu nak tepek gambar camni..... sebelum dan selepas.... 
huargh huargh huargh















Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Sedap sangat??? tapi memang sedap kamu MDT.....

Posted by Ciklinn Hasib.

Ciklinn memang suka skodeng tuan tanah yg sedap lagi menyedapkan nie.......banyak benda2 sedap korang boleh dapat kat sini...... haits.... memang sedap-sedap belaka tak tipooo woo..... "wa cakap lu tak tipu... kalo wa tipoo....... tolong potong kuku gua okey"

Apa yang sedap sangat sampai orang duk bertenggek menikmati kesedapan kat situ???? ataupun ayat yg wajib ado...

Kenapa Belog MakdaraTerdiva ini Belog SEdap??


No 1...kat blog ni lah tempat paling byk perkataan sedap sedap dan sedap.... tak percaya pi korang kira seketui2........ yer dek non - dek non. Ayat2 sedap, malatop, sendat dan penuh kepadatan untuk setiap entri yang di publishkan.


No 2. tengok tuan tanah mmg sedap mata memandang....... dipandang jer yer tapi bukan utk rasa kesedapan beliau... kahhhhhhhh.. Udah lah sedap mata memandang.... lawo gojes.... kira semualah seangkatan yg sedap... (MTD sila bg aku menang penuh bergaya okey)

No 3. semalam dia masak asam pedas tersedap selama 33 tahun didonia ni... tak caya ... korang tekan sini kuat-kuat

nampak sedapkan asam pedas nie?


No.4 baru2 ni dia bg cokelat yang sedap  pada yg octoberian mencik-mencik sebab ciklinn tak dapat nak rasa kesedapan coklat itu...

ha kalau nak tau MakDaraTerdiva ada buat GA.... nak tau syarat-syaratnyer sila klik banner di bawah....  

PINK SPECIAL GIVEAWAY

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Rozaliya Mat Lazim - tunang helmi pemarah

Posted by Ciklinn Hasib.


tak nak kahwin rupanya dia..... 
makanya lari ke KL....
makanya..... cepattt2lah pada sibujang2 senang semua ......
peluang sudah terbuka untuk mendapatkn bini putih melepak...
mata besarr... comel lagi.....
cepattt............ cepattttt



KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.
“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.
Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.
“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.
“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.
Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.
“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.
Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.







"saya bukan rosmah mansur....... apatah lagi nyonya mansur"

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Internet Ku laju mcm Ferari... ko apahal Telor....

Posted by Ciklinn Hasib.

hoyer......... Lompat Bintang

hoyerrr......... LOmpat Bintang Lagi..

Hoyer lagi........dan lompat dan lompat .... Lompat Bintang lagi.......

(ha udah cukup2... anak dah tiga burukss dgn perut six pex tu lompat-lompat....
muahahaha makan hati ko kan sufferzine..... akak ko ada six pek)

saja nak ku bgtau tenet kat umah dah laju mcm lancer....
so leh jalan2 laju2 sikit.........
tapi kalo dia pelan balik lepas ni, siap ko P1Max,
Udah kuturutkan apa korang nak...........

"bang tukar yg mahal sikitlah baru laju.............." kata P1 Max
"mama kita tukar yg laju sikitlah P1Max ni" Somi tanya pada isteri
"mama ok jer..... tapi kalo lembabs mcm siput babi lagi camne?" bini tak reti syukur laki baik nak lajukan tenet....... wakakkakaka

kesimpulannya.. tenet kat umah dah laju.......negh ngeh ngeh


Awakk.... saya suka awak....... awak suka saya tak?


hidup saya tak bermakna lagi bila telor pecah sebelah

Auch!! Arghhhhhh !!! GGrrr!!!! perghhh!!!
Wallah!!! Dussss Dusssss!!


pilih ko pilih aku.... pilih aku pilih ko

ERkkk..... kita ke Jin tu...??











"saya bukan rosmah mansur....... apatah lagi nyonya mansur"

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Pengalaman Ciklinn sendiri- Hisap Rokok

Posted by Ciklinn Hasib.

Ada apa dengan rokok............... adakah anda rasa anda best kalau hisap rokok... adakah sesedap ayam masak kurma, ayam KFC.... atau adakah sebab anda banyak duit sebab itu hisap rokok?...... harga rokok naik bagai nak gila pun perokok tetap hulur duit kat mamak kedai , apek tonggek.... nak beli rokok..... tak dapat rokok dunhill 20 dapat sebatang pun jadi daaaa...........

ha nak pecah rahasia hari ni.............. masa kecik-kecik dulu Ciklinn pernah hisap rokok... Curi dari atok wakakkakakkaka..... tengok mcm best jer orang tua tu hembuss lepas......... hembuss... lepass...

wahhhhhhhhhh terbatuk2 sekejap jerk.....habis sebatang dari buntut sampai kekepala rokok...... hahhahah terrooooorrrrrrr kan....

hihihiihih tapi bukan rokok Dunhill yer.... tapi rokok daun.... eh kalu isap daun gulung tu kira rokok ker yerk... sebab tak letak apa-apa pun dalam tu.... betul2 daun pembalut tu jerk... ngeh ngeh ngeh.... daun apa pun tak taulah..... tapi ciklinn pi skodeng en google....jumpa pun gambar daun nie.... kesimpulannya carilah di google apa saja.. pasti jumpa... gambar bogel gambar telanjang semua ada..... ngeh ngeh ngeh

Taraaaaaaaaaaaa................ nilah daun tu... best jer geget2 masa kecik2 dulu... haitss... ketagih sudah...

GILA KO CIKLINN NAK JADI PEROKOK... 
MAU KENA HAMBAT BERDAS2 DEK MAK TON.. 



 hishhh mcm2 bahaya rokok ni kan... Udah malas nak list bahaya-bahaya merokok ni pada siperokok...
sebab semua perokok ada idea tersendiri...... ada jawapan sendiri....dan alasan sendiri dan dorang memang suka bakar-bakar duit buat bunga api kecil di mulut hehehehhehe

tapi ni list yg patut perokok wajib baca....

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

nak baca lebih lagi pi kat sini....Tekan Kuat-kuat



Kalau rasa tak cukup sebatang..... nah korang buat camni.... baru syok,mantap dan sedap macam blog mak dara terdiva yang sedap tu.....betul kan sis.... sedap sedap dan sangat sedap......ngeh ngeh ngeh



"saya bukan rosmah mansur....... apatah lagi nyonya mansur"

Posted in , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,

Tempat Ping Yang Terbaru dan Best

Posted by Ciklinn Hasib.

jom kita meriah2kan tempat ni...... tempat baru STORY ANDA
dulu kita ada Geng Blogger tempat untuk meramas-ramas mesra...
tapi dia telah diserang oleh virus merah......huhuhuuh

STORY ANDA tempat ni simple jerk..... dan ciklinn rasa boleh diupgrade lagi oleh tuan tanah kedaung...
supaya lebih mesra pelanggan gitu kan....
jom kita support ramai-ramai.......STORY ANDA

kita ping di sinun supaya kita boleh saling ping mengeping tereping... di STORY ANDA
disamping boleh meramas-ramas mesra... berskodeng skodengan..... di STORY ANDA
kita leh kenal2 kenalan...... dan yg paling penting trafikk masyukk...dari STORY ANDA ngehngehngeh

jumpa korang disini... tekan kuat-kuat




terbaru STORY ANDA kata tak boleh PING dalam tempoh 24 jam ni... sebab sedang upgrade..........


lihatlah Ciptaan ALLAH...... dengan mencipta manusia yg sangat kreatif...
gambar ini ialah gambar didalam gambar............. sila tekan gambar untuk lebih jelas..... 












"saya bukan rosmah mansur....... apatah lagi nyonya mansur"

Posted in , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,