Archive for October 2011

Tips Untuk anak-anak-Doa untuk anak bijak cerdik dan mendengar kata

Posted by Ciklinn Hasib.

Semakin hari semakin membesar anak2....... erm... mcm2 perangai yg keluar.... kadang2 ilang sabar ciklinn sebagai ibu........ tapi yerlah itulah tanggungjawab kita sebagai ibu menjaga... dan mendidik anak2..... so ku google lah doa2 yg kita sama2 leh amalkan untuk mendapatkan anak2 yg soleh dan solehah dunia dan akhirat.....

Untuk simpanan sendiri.......... dan juga untuk dikongsi bersama2 kawan2...... sama2 kita amalkan nyer......

ni dari blog Jue rahim....

a) Baca Fatihah (1 kali)

b) Baca Ayat Kursi (1 kali)

c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)




d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat



Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.


atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”



Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.



INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Kerabu Kerisik Kerang Pucuk Paku

Posted by Ciklinn Hasib.


 


 wah kompom terleleh2 ayaq liuq korang kan kan kan tengok kerabu kerang nih..... hehhehe.... walaweih cukup dgn nasi putih panas n kerabu ni sajork ..... bikin nasi putih kejap jer licin hehhehe....

mcm biasa kerabu mmg pilihan kami laki bini so sgt mudah nak memuaskan napsu tekak nih...... meh kita tgok resepi dia.....

kerang yg direbus... ikut suka korang... kalau nak ratah kerang ni haruslah berkilo.. hahahha

ok yg ni resepi utk 1 ikat pucuk paku yer... boleh lah utk 4 org makan....

1 ikat pucuk paku - direbus bersama sedikit garam - ha jgn lupa ambil pucuk2 sajork.. jgn lak korang humban sebatang2 tu.

korang leh gak letak taugeh... huhu sedapnya.. tpi masa buat ni leh lak taugeh kat pasaraya tu idup segan mati takmau..so cancel taugeh.....

Bahan utk ditumbuk
1 inci belacan goreng
1 batang serai diracik2 halus
6 biji cili api- lagi byk lagi sodap.....

Bahan dipotong kecil
1 biji bawang besar
1 biji tomato muda

Lain-lain
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi - diambil air saja
2 sudu besar kerisik

Cara - Gaul dan satu kan jer semua bahan2 di atas........ senang kan... sedap pun sedap.... oklah selamat mencuba......


Posted in , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,

Umar dan susu ibunya.....

Posted by Ciklinn Hasib.

kah kah kah.. tajuk tu comel tak ... hahahhah

Alhamdulillah...... genap dah umar 1 tahun 7bulan minum susu ibu sepenuhnya..... alhamdulillah juga mama masih boleh menyusukan umar...... semoga mama boleh terus menyusukan umar sehingga cukup 2 tahun....... aminn...

tatapi kadang2 mama rasa sgt2 letih sebab incik umar... mmg pantang nampak mama dia releks2.... kompom dia dtg.... n duklah melekap.... huhuhuh nak2 mama mmg duduk rumah.... haitsss.... mmg semakin melekatlah dia.... apapun mama kena byk2 bersabar.. sbb susu ibu memang sgt banyak kelebihan nyer.......


meh ciklinn nak kongsi kelebihan susu ibu nih.. kompomlah ramai yg dah tahu kan.... tapi saja jer nak kongsi gak... dan ni juga jadi penguat semangat untuk mama teruskan bagi umar susu terbaikk di dunia..... hehhe... yes go go fighting mama........



KELEBIHAN SUSU IBU

Artikel di bawah di copy dari SINI

Di dalam al Quran ada beberapa tempat yang menyentuh tentang penyusuan bayi selama 2 tahun oleh ibunya. Antaranya ialah:

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu." (Luqman: 14)

Sudah tentu pernyataan daripada kalam-kalam Allah ini mengandungi hikmah yang tersembunyi. Ya, ternyata susu ibu memang banyak kelebihannya. Para ibu sememangnya tidak boleh tidak(la budda) daripada menyusukan bayi mereka selepas kelahiran.

Apa kelebihan susu ibu?

Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.

Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi : Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.

Secara ringkasnya, di bawah ini adalah kelebihan-kelebihan susu ibu:

Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk bayi.

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi.

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan.

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti apabila mereka dewasa.

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari.

* Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi.

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: